Ana Muslimah


MASA ITU EMAS


Untukmu Adam

♥♥♥♥
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku,
sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
♥♥♥♥
♥♥♥♥
Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi..

Dan Ya Allah, Ya Tuhanku..
Yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan untukku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku.
Luputkan dia dari ingatanku..
Hilangkan dia dari pandanganku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah..
Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja yang meraih..
Agar bisa aku bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah yang telah patah..
Waulaupun tidak sama dengan dirinya,
aku memohon agar ia lebih baik darinya.

Ya Alah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, adalah yang terbaik untukku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku didunia dan diakhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Jaganlah Engkau biarkan aku sendiri didunia ini mahupun diakhirat kelak..
Janganlah Engkau menjuruskan aku kelembah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka,
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu,
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..

Amin Ya Rabbal Alamin...

Followers

24

Sunday, 5 June 2016

    Bismillahirrahmanirrahim
    Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya. Terima kasih buat mak dan abah, kerana melahirkan dan membesarkan anak-anakmu ini dengan penuh tabah. Mak Abah yang gigih mencari nafkah demi memberi kami adik beradik pendidikan, makan pakai dan pendidikan yang cukup. Kasih sayang Mak abah untuk kami tak ada bandingannya.
    Fitrah alam, kini Tahun 2015 telahpun meninggalkan kita dan menggantikannya dengan lembaran baru iaitu Tahun 2016. Dengan berganjaknya tahun sedarlah kita bahawa dunia semakin tua, dan kita juga turut semakin hampir dengan kematian. Kita masih diberi nyawa hari ini adalah kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk bertaubat, melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran di atas muka bumi ini.
    Ya Allah, jadikan kami hambaMu yang sentiasa mengingati mati. Berlalunya tirai 2015 pasti meninggalkan kenangan manis pahit masing-masing. Biarkan suka, duka, perit getir, dan ujian yang dilalui sebelum ini menjadi penguat buat kita untuk hadapi tahun baru yang mungkin lebih mencabar. Terlalu banyak cerita suka duka sepanjang tahun ini kalau nak dikongsikan. Tahun sebelumnya yang paling manis, yang mana aku diberi peluang oleh Allah SWT untuk merasa nikmat zuriat yang hadir didalam rahim ini. Terlalu indah perasaan tersebut sehingga kami menitiskan air mata kegembiraan saat mendapat berita kehamilan. Tapi Allah Maha Mengetahui, hanya seketika cuma. Dia pergi sebelum sempat melihat dunia. Kami redha dengan semua ketentuan Allah. Mungkin belum saatnya..
    Tahun ini genap usia ku menjangkau 24 tahun..  Dan hampir 2 tahun aku bergelar sebagai isteri kepada Mohd Hazwan Syafiq. Jodoh itu rahsia Allah. Semoga tahun 2016 ini memberikan kita azam baru untuk menjadi yang lebih baik. Buat diri sendiri, selamat berusaha menjadi anak yang membahagiakan ibu bapa, seorang kakak adik dan sahabat yang bermanfaat serta seorang isteri yang solehah. Semoga Allah juga memberikan mu kesempatan untuk bergelar ibu. Jangan pernah putus asa,


    Cameron Highland
    5 June 2016
    Hadiah birthday sementara tahun ni katanya.. 
    Semoga awak hidup lama kat bawah ni.. Tempat baru awak nanti tak sejuk macam kat cameron tau.. Ke nak duduk dalam aircond? hihi

Dengan NafasMu

Thursday, 8 January 2015

Assalamualaikum.
 
Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU

Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam do’aku

Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris do’a ku untuk-Mu.
 
Selagi kita masih diberi nyawa oleh Allah, ayuh kejar pintu taubat yang Allah dah buka seluasnya untuk hambaNya. Antara tiga langkah untuk kejar pintu taubat sebelum terlambat;
 
Pertama, bersegera melakukan taubat.
"Sesungguhnya penerimaan taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (QS An-Nisa [4]: 17).

 
Kedua, bersegera melakukan pelbagai macam kebaikan sebelum datangnya masa yang menyebabkan kita sukar untuk melakukan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda,
"Bersegeralah kamu untuk mengerjakan amal-amal soleh, kerana akan terjadi berbagai fitnah yang menyerupai malam yang gelap gelita." (HR Muslim dan Tirmidzi).

 
Ketiga, berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Dengan takwa kita akan diberi kemampuan untuk membezakan yang benar dan salah. (Surah al-Anfaal [8]: 29).

1# My Story

Monday, 13 October 2014

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, today is 13 October 2014, a month of being a wife to Hazwan Syafiq. 
Sebulan berlalu, menjalani kehidupan baru bersama orang baru yang tak pernah dikenali peribadi dan perwatakkannya. To be honest, I still wasn't sure about my feeling toward him, even an hour before my nikah. I'm really worried that I can't love him as suppose a wife should love her husband. Every day, after solah I always pray to Allah that I'll falling in love with him at the moment  he make the lafaz "Aku Terima Nikahnya Nur Ain Binti Jaffar".

 Alhamdulillah, Allah mendengar doa hambaNya ini, walaupun banyak dosa yang di perbuat. Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dihantarnya seorang yang faham syariat untuk menjadi pembimbing diri ini merasai cinta kepada Pemilik Cinta Hakiki. Di pinjamkan seorang yang penyayang dan bertanggungjawab dalam meraih Redha Allah. Di tiupkan juga rasa kasih, sayang dan cinta dalam diri ini hanya yang halal untuknya.

Dia melamarku dengan cara yang bermaruah. itu menjadikan aku lebih yakin dengan keputusan ini, dan sudah pastinya, lamaran dia aku terima lepas solat istikharah yang aku sendiri tak ingat berapa banyak aku buat. Sungguh hanya pada Allah aku berserah, dan Allah itu Maha Hebat. Dia lebih mengetahui yang terbaik buat hambaNya.

Aku berani jamin dan membenarkan, cinta halal itu indah. Maka jangan kamu rosakkan ia dengan bunga-bunga zina. Muslimah dan solehah itu selari, ia memang sesuatu yang susah, kerana ganjaran Syurga itu mahal. Moga doamu juga dimakbulkan Allah abang, untuk memiliki seorang isteri yang solehah. Semoga Allah beri aku kekuatan dan  kesabaran untuk menjadi muslimah solehah dambaanmu.

Andai kalian berfikir rupa paras yang aku pandang,
harta kekayaan yang aku cari,
pangkat dan darjat yang aku kejar,
kamu salah!!
kerana cinta aku bukan cinta biasa,
juga bukan buat orang biasa-biasa,
cinta aku untuk orang yang mencintai Pemilik Cinta Hakiki.

Perkahwinan itu memang mudah, hanya dengan melafazkan akad, kamu sah bergelar suami isteri.
Tapi disebalik perkahwinan itu terpikul satu tanggungjawab yang amat berat.
Tugas khalifah, mengajak manusia kepada kebaikan dan meninggalkan kejahatan itu tidak terputus disitu kerana disinilah tanggugjawab mendidik itu menjadi semakin besar.

Isteri yang dinikahi itu perlu dibimbing, begitu juga zuriat yang bakal dilahirkan. Mendidik agar kedua ini menjadi penyumbang besar dalam kemenangan Islam. Menjadi penyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah SAW.
Semoga kita terus kuat, sabar dan matang dalam menempuhi kehidupan berumahtangga, kerana matlamatnya hanya satu, MARDHATILLAH..

Thank You Allah.
For a new life with new beams of hopes,
I grateful for Your Light which guides my feet to move on through this journey
Though there will be a thorns along this path, please let me be strong to face it.
Thank You Allah,

For sending me a good, caring, loving and pious husband.

Let us be happy and stay loving each other until Jannah..

Amin Ya Rabb.

Marrying someone who loves Allah will show you more about your future than anything else you'll hear or see.

And the best love is when you found someone who makes your Imaan rise, who makes you more pious and who helps your here in the Dunya because that person wants to meet you again in Jannah.

Dear Husband,

I just want you to know that I am very appreciate all your effort,
There are no word to describe how thankful I'm with this marriage..
I am so thankful to have a caring, loving, motivating, inspirational, and friendly husband like you.
Thanks you for accept me as who I'm, my weakness and everything.

I have never ask more, but Allah loves beyond everything..
This best love story that I ever had is also beyond of my expectation. HE sent me the best man with the best love story that I could ever imagine. May He send us a pious and best children too. Amin

And to those who always ask me how my life after nikah? Actually there is nothing drastically changed, because I am still me. Maybe busier a little bit, but I'm getting used to it. And of course, I'm very happy with my life now. So let me share my best day ever in my life.
Alhamdulillah,

Date : 13 September 2014
Day : Saturday











I Love You Abah








Moms, You will always in my heart and my pray.

































Oh Allah, may this people around me be happy with Your Blessed.
Thank you so much for everyone who came and wish for us. You guys made my day, not to forget to our families, who were always support us and helps us in many things, especially to you mom and dad, my brothers, sisters and also my family in laws. Thank you for everyone and sorry andai ada terkurang layanan atau sebagainya. Hanya Allah sahaja yang mampu balas.

Song of the day

Friday, 13 June 2014

Lirik Lagu Bila Tiba - Ungu

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara.

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati


Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. | Surah Al-Munafiqun: 11|

Pergi Takkan Kembali

Wednesday, 14 May 2014



Bismillahirrahmanirrahim...

Ketika kita sedih, saat itulah kita mengerti nikmat kebahagiaan..
Ketika kita sakit, saat itulah kita merasai nikmatnya kesihatan..
Ketika kita sunyi tanpa teman, saat itulah kita tahu betapa berharganya sebuah persahabatan.
Dan ketika kita menutup mata untuk selama-lamanya, saat itulah kita tahu nikmatnya sebuah kehidupan..

Inna lillahi wa inna ilaihirajiun
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Kematian datang bila-bila masa, tidak kira siapa atau dimana.
Semoga kita terus berjalan di jalan-Nya.
Semoga yang telah pergi berada disisiNya iaitu disyurga yang indah.

Disi aku nak kongsi dengan kalian semua,

"Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang itu apabila sampai ajalnya dan Allah amat mendalam pengetahuanNya dari segala yang kamu kerjakan."

Diriwayatkan, bahawa
Apabila penghuni syurga telah masuk kedalamnya, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah :
"Ya RABB, kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu didunia solat bersama kami puasa bersama kami, dan berjuang bersama kami"
Maka Allah berfirman :

"Pergilah kamu keneraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah"
|HR : Ibnu Mubarak dalam kitab Az-Zuhud|

Al-Hasan Al-Basri berkata :
"Perbanayakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat kelak"

Ibnu Jauzi pernah berpesan kepada sahabatnya sambil menangis :
"Jika kalian tidak menemukan aku nanti disyurga bersama kalia, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang ku"
Wahai RABB kami..
"Hamba-Mu Si Fulan, waktu didunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"

Sahabatku,
Mudah-mudahan dengan ini, daku telah mengingatkan kamu tentang kematian tentang Allah..
Agar aku dapat besetamu kelak disyurga & redha-Nya.

Ya Allah aku memohon kepada-Mu, kurniakanlah kepadaku, sahabat-sahabatku, kaum keluargaku yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat kepada Syariat-Mu..
Dan kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak..
Amin Ya Rabbal Alamin..
InsyaAllah
Moga kita bertemu di akhirat dalam keredhaan-Mu YA RABB.
~Al-Fatihah~

Shaifullah Idlan Bin Rozlan, 
sahabat seperjuangan dalam menyebarkan dakwah islam di kampus demi menegakkan biah solehah..
Seorang muslimin yang penuh dengan santun, 
molek akhlak dan budi pekertinya, sopan pertuturan dan sangat menjaga batas pergaulan.
Sungguh, 
sayu hati tatkala mendapat sms mengenai pemergianmu menghadap Allah, pencipta sekalian alam.
Seperti tidak percaya dengan berita yang diterima, aku segara dapatkan kepastian dari sahabat lain, memang benar itu adalah dia.
Jangan dikata mati itu untuk mereka yang sudah tua, kerana ada yang muda sudah menemuinya..
Jangan dikata mati itu hanya untuk mereka yang sakit kerana ada yang sihat sudah merasainya..
MATI itu tidak mengira usia, tidak megira sihat atau sakit jika tertulis sekian hari sekian detik pasti roh mu akan berpisah keluar dari jasad untuk bertemu penciptanya..

Ini adalah status facebook arwah yang terakhir,

Harapan itu fitrah manusiawi . Harapan datang bila kehendak itu cuba didapat . Andai harapan itu dicapai, bertiuplah angin tenang melega jiwa gembira bahkan boleh jadi megah berbangga . Harapan itulah ukuran agaknya lelah amalan, takdirnya agar perjuangan itu diterima .

Antonimnya, ombak pilu pula datang menghempas . Boleh jadi ombak menggila beserta badai mungkin . Itulah persis, maka akan gundah resah bahkan perit derita, lagi2 jika hajat itu adalah makin tinggi melangit .

Maka, disinilah titik cantuman kita kembali kepada Tuhan . Berharap pada yang belum pasti, sandarannya sejauh mana usaha kita untuk peroleh itu . Berbahagialah pada yang berusaha, andai tidak didapat, itulah pahit manis berjuang . Pusarkan harapan itu pada Tuhan, moga ada balasan pada masa mendatang .

Moga kau menemuinya . Berharaplah, pada Allah . 

Moga segala amalan dan gerak kerja dakwahmu diterima disisi Allah..
Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..







Sekali Sepanjang 22 Tahun Di Dunia..

Monday, 12 May 2014

Assalamualaikum...

Perasaan pertama kali menjejakkan kaki di Bumi Anbiya tak dapat dirungkai dengan perkataan. Sayu, rindu, penuh dengan rasa cinta, alhamdulillah Allah beri peluang kepada hambaNya yang kerdil ini untuk menjejakkan kaki di bumi Madinah, tempat jasad mulia Nabi SAW dimakamkan. Begitu juga dengan bumi Mekah, yang mana aku dapat melihat, menyentuh bahkan mencium kaabah (kiblat seluruh uma islam) secara live. Subhanallah!! begitu besar nikmat Tuhan untuk hambaNya yang kerdil ini.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengampun
Ampunilah dosa hamba, kedua ibu bapa hamba, ahli keluarga hamba, guru-guru hamba, sahabat hamba dan juga muslimin muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.. 

Semoga umrah dansegala ibadat kami di terima disisiMu Ya Allah..
Tanpa bantuan dan pertolonganMu Ya Allah kami tak punya apa-apa..





Sungguh aku merindui ketika berada disana..
Ya Allah, izinkan aku menjejakkan kaki kesana untuk yang kedua kalinya..
 To be continue....



Ketawa Yang Berlebihan Baik untuk Kesihatan

Saturday, 25 January 2014

Bismillahirrahmanirrahim

Kalau tengok tajuk entry kali ini agak-agak ramai ke yang percaya? 
Siapa kata ketawa yang berlebihan itu baik untuk kesihatan? 
Siapa sini boleh senaraikan rancangan-rancangan yang berunsurkan komedi? 
Terlalu banyak, dan gejala ini yang menyebabkan anak muda makin leka, lalai dan terlalu selesa dengan dengan situasi sekarang.

Tahukah anda Plato & Aristotle berpendapat bahawa ketawa boleh mendatangkan kesan yang buruk dan merbahaya. Oleh itu, Plato berharap pementasaan-pementasan hiburan yang tidak bermutu hanya disaksikan oleh golongan hamba abdi dan orang upahan asing manakala golongan berkedudukan mulia dan para belia dilarang daripada menonton hiburan-hiburan yang boleh membangkitkan ketawa demi mencegahpenularan sifat-sifat buruk dalam diri mereka.

Sebagai umat Islam adalah lebih baik bagi kita mencontohi sunnah Rasulullah SAW, kerana Rasulullah adalah sebaik-baik contoh buat seluruh umat manusia. Baginda tidak pernah ketawa melewati batas. Baginda hanya tersenyum manis, dan setiap senyuman baginda itu punya peringkat-peringkat yang tersendiri. Dan peringkat yang paling tinggi adalah dimana Rasulullah SAW tersenyum sehingga kelihatan gigi gerahamnya.

Menurut Imam Hassan Al-Banna, ketawa yang hukumnya harus adalah ketawa yang sedikit dan beradab kerana ketawa itu adalah fitrah yang tidak boleh dihalang tapi masih boleh mengawalnya. Manakal ketawa yang hukumnya haram adalah ketawa yang berlebih-lebihan kerana ia merupakan perbuatan sia-sia dan melalaikan hati..

Rasulullah SAW bersabda :
"Banyak ketawa mematikan hati dan menghilangkan kehebatan seorang mukmin"

Rasulullah SAW telah melihat satu kaum yang ketawa berlebih-lebihan, lantas baginda bersabda :
"Kalaulah kamu tahu apa yang aku ketahui nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa" 

Meh kita muhasabah diri, banyak lagi perkara yang lebih berfaedah kita boleh buat selain luangkan masa dengan tengok rancangan-rancangan yang cenggitu..Dan yang paling penting lepas baca entry ni siapa-siapa yang suka sangat tengok Maharaja Lawak, Running Man, etc tu delete je la.. ^^
Tukar, tengok 30 minit Ustaz Don ke UAI ke, depa pon pandai buat lawak jugak kan..
Sebelum undur diri, maaf andai tulisan ini mengguris mana-mana hati yang membaca.


Senyum ;)

Semoga Aku, Kamu Dan Kita Semua Kuat.

Tuesday, 24 December 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Sahabat..
Aku dapat lihat engkau sengsara,
Aku tahu engkau menderita,
Aku mengerti engkau merana,

 Namun..

Apalah yang aku mampu lakukan?
Selain sentiasa berusaha untuk bersama engkau susah senang, 
Aku hanya mampu berdoa agar engkau sentiasa gagah,
bilamana engkau merasa sengsara.

Aku hanya mampu berdoa agar engkau terus tabah,
bilamana engkau kata engkau derita.

Dan..

Aku hanya mampu berharap engkau tidah terus mengalah,
bilamana engkau kata engkau sedang merana.

Maafkan aku,
Andai masih terlalu kurang pengorbananku untuk membantumu sahabat..

|"Ya, Allah, biarkan kami rebah dalam dakapan-Mu, bukan pada insani..Andai itu yang Engkau takdirkan"|


Beautiful Patience

Tuesday, 10 December 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Buat mujahidin,
Teruslah bergereak sehingga kelelahan itu lelah mengejarmu..
Teruslah berjalan sehingga keletihan itu letih bersamamu..
Teruslah bertahan sehingga kefuturan itu futur menyertaimu..
Teruslah berjaga sehingga kelesuan itu lesu menemanimu..



Keep smile :)

Tundukkan Pandanganmu.

Tuesday, 22 October 2013


Bismillahirrahmanirrahim..

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya ; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui aoa yang mereka perbuat." [QS An-Nuur : 30]
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang perkara yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali zahir daripadanya" [QS An-Nuur : 31]



Maafkan Aku

Monday, 30 September 2013

Bismillahirrahmanirrahim

MAAF andai kalian merasakan aku menjauhkan diri dari kalian.
MAAF andai kalian terguris hati dan terluka dek kerana tingkah lakuku..
MAAF andai kalian merasakan aku kurang prihatin terhadap kalian..
MAAF andai aku tidak bergelak tawa bersama kalian seperti dulu..
MAAF, MAAF, MAAF..

Aku bukan lah insan kuat sepertimana yang kalian sangka..
Untuk berada dimedan ini bersama kalian, aku perlu kan seluruh kekuatan ku.
Hanya Allah yang tahu betapa aku berusaha untuk menjadi sekuat kalian.
Menjadi sebagus dan sehebat kalian.
Tanpa pertolongan  Ya Qawiyyu, pasti sudah lama aku rebah.

Jadi, jika kalian merasakan aku bukan lagi seperti aku yang dulu,
Maaf, mungkin aku memerlukan masa untuk kembali seperti dahulu.

O' Allah Keep me strong

Wednesday, 25 September 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah,
Kuatkan aku dalam menjalani semua rencanaMu,
Kerana aku  tahu Engkau akan memberi yang terbaik untuk ku..
Ya Rabb,
Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui akan segalanya,
Maka dengan itu,  Engkau tunjukilah aku apa yang terbaik buat diriku, keluargaku, dan agamaku dunia dan akhirat..

O' Allah,
Don't let us ever turn away from You,
No matter how many trials and difficulties You test me with,
Let these difficulties serve to make me stronger and more sincere to You..



Sombongkah Aku?

Tuesday, 17 September 2013

Aku malu bila digelar daie, disanjung tinggi. 
Bila aku sebenarnya berbuat dosa di belakang mereka yang memandang aku sebagai manusia suci.

Moga aku kekal dan kuat dengan penghijrahan ini.
Moga aku tidak mudah rebah.
Saat aku rebah, Kau 'peluklah' diri ini cintaku Ya Rabb.

Kurangkan bercakap yang sia sia.
Bukan belagak, cuma aku lebih berhati hati memilih sahabat,
kelak takut aku 'jatuh' kerana seorang sahabat.

"Jika dekat makin bertambah dosa. Maka jarakkan"

Something From Someone

Friday, 17 May 2013

Assalamualaikum.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan besamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ya Allah,
Buat aku pendosa, moga dengan kesakitan, tekanan, segala macam dugaan yang aku lalui kini menjadi terapi untuk menggugurkan dosa, kesalahan, dan noda hitam dalam diri ini.
Jika semua ini dapat mendekatkan lagi aku kepadaMu Ya Khaliq, 
Aku Redha ..

Terima Kasih Buat Sarah Omar yang dichentai atas hadiah ni..


Antara buku yang dipinjamkan kepada saya..

Nanti dah habis baca kena pulang semula..
So habiskan cepat yer Ain.
Maaf tak dapat nak share isi buku-buku ni, sebab tak start baca lagi.

Pesanan buat diri sendiri dan sahabat diluar sana, terapkan amalan membaca dalam diri..
Tingkat thaqofah dengan membaca.

Jangan kita sangka jasmani je yang perlukan makan..
Ingat juga, bahawa rohani kita sangat-sangat memerlukan makanan yang sebegini rupa..





Wedding Dress for Rent

Sunday, 12 May 2013

Assalamualaikum.

Kepada bakal mempelai, masih mencari baju sanding untuk disewa?
Atau ingin menempah baju pengantin mengikut design tersendiri?

Boleh hubungi kami :

Details :

Wedding Attires : Dress + Veil (Bride) & Coat (Groom)
Type of Material : Bridal Satin + Pearl Beads + 3 D Flower from Chiffon Silk 
Condition : Good
Measurement : Chest : 38, Waist : 30, Hip : 38/40, Height : 60

* Height is measured from the back of the neck to the bottom hem of the dress.
* Dress can be resized due to your measurement. 



This is the owner of the wedding dress 

* Klik pada gambar untuk pembesaran maksima




Engagement Dress To Let Go

Saturday, 11 May 2013

Assalamualaikum semua.

Short entry from me..hehe. Okay straight to the point, ada sesiapa tak kat sini yang sedang mencari dress untuk hari pertungangan korang?
My sister ask me to let go her engagement dress .
Details :

Engagement Attire : Dress + Veil
Type of Material : Chiffon with lining + Pearl Beads
Condition : Good
Color : Peace
Measurement : Chest : 38, Waist : 30, Hip : 38/40, Height : 55

* Length is measured from the back of the neck to the bottom hem of the dress












This is the owner of the dress

Click Here :

FB:  Nor Addeyla
BLOG : Adi Alida

For more information please leave us a message.
Thank You.




Puteriku Tercinta

Sunday, 14 April 2013

"Tapi apabila kau tidak bersetuju, lelaki itu tidak akan berani. Jagalah dirimu wahai puteriku".

Gambar Hiasan

Puteriku tercinta! Aku seorang yang berusia hampir 60 tahun. Hilang sudah masa remaja, impian dan khayalan. Aku telah mengunjungi banyak negeri dan telah berjumpa dengan banyak orang. 
Aku juga telah merasakan pahit getirnya didunia. Oleh itu dengarlah nasihat-nasihat yang benar lagi jelas, berdasarkan pengalamanku, yang mana engkau mungkin belum pernah mendengarnya daripada orang lain.

PUTERIKU...
Dengarlah bicara dari hati ini..
Benar lelaki yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa. Tetapi bila engkau tidak setuju lelaki itu tidak akan berani, dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah. Wanitalah yang membuka pintu, seolah kau katakan kepada pencuri "silakan masik, silakan.."
Apibila pencuri telah mencuri, engkau kemudia berteriak "Pencuri!! Tolong..tolong..saya dicuri!!

Demi Allah, dalam khayalan seoran gpemuda tak mekihat gadis kecuali gadis itu telah ditelanjangi pakaiannya.
Demi Allah begitulah, jangan engkau mudah percaya apa yang dikatakan lelaki, mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat, Demi Allah ia telah berbohong!

Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan keprihatinannya, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan. Setelah itu apa terjadi? Kalian berdua sesaat berada dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan, dan engkau selamanya tetap merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu. Pemuda tersebut akan mencari mangsa lain untuk diterkam penghormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan. Jiwamu menangis, keningmu tercoreng, selama itu hidupmu tetap berkubang dalam kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu.

PUTERIKU...
Cita-cita wanita tertinggi adalah perkahwinan. Wanita, bagaimana tinggi pun status sosial kekayaan, populariti dan prestasinya, sesuatu yang amat diinginkannya adalah menjadi isteri yang baik serta ibu kepada rumah tangga yang terhormat. Tak ad seorang pun yang mahu menikahi pelacur, sekalipun ia lelaki hidung belang, apabila akan menikah tidak akan memilih wanita rosak, akan tetapi ia akan memilih wanita yang baik, kerana tidak akan rela apabila suri rumahnya dan ibu kepada putera dan puterinya adalah seorang wanita yang tidak baik.

Sesungguhnya krisis perkahwinan terjadi disebabkan kelalaian kaum wanita! Krisis perkahwinan berlaku disebabkan perbuatan wanita-wanita perosak, sehingga para pemuda tidak mahu isteri. Akibat ramai gadis yang sudah berusia tidak mendapat suami. Mengapa wanita-wanita yang baik belum juga sedar? Mengapa kalian tidak berusaha membanteras malapetaka ini? Kalianlah yang patut dan lebih mampu daripada kaum lelaki untuk mengerti bahasa wanita. Dan kalianlah yang lebih tahu cara menyedarkan mereka.

Dan oleh kerana yang menjadi korban kerosakan ini adalah lelaki, para wanita mulia dan berafama, maka hendaklah kalian mengajak wanita lain agar bertaqwa kepada Allah. Bila mereka enggan, peringatkanlah mereka akan akibat yang buruk dari perzinaan seperti berjangkitnya sesuatu penyakit. bila mereka masih membangkang, maka beritahukan akan kenyataan yang ada, "Kalian adalah gadis-gadis remaja, puteri yang cantik oleh itu akan ramai pemuda mendatangi kalian dan berebut di sekitar kalian. Tetapi apakah kecantikanmu itu akan kekal? Semua makhluk didunia ini tidak akan kekal. Bagaimana kelanjutannua, bila kalian sudah menjadi nenek dengan pinggang bongkok dan wajah kerepot? Pada waktu itu siapakah yang akan memperhatikan kalian? Siapa yang akan simpati?

Tahukah kalian, siapakah yang memperhatikan, menghormati dan mencintai seorang nenek? Mereke adalah anak dan para cucunya, saat itulah nenek tersebut menjadi seorang ratu ditengah rakyatnya. Duduk diatas singgahsana dengan memakai mahkotanya, tetapi bagaimana dengan nenek yang belum bersuami itu? Apakah kelazatan itu sebanding penderitaan diatas? Apakah akibat itu akan kita tukar dengan kelazatan sementara? Dan berilah nasihat-nasihat serupa, saya yakin kalian tidak perlu telunjuk orang lain serta tidak kehabisan cara unruk menasihari saudari-saudari yang sesat dan patut dikasihani. Bila kalian tidak dapat mengarasi mereka berusahalah untuk menjaga wanita-wanita baik. Gadis-gadis yang sedang remaja, agar mereka tidak menempuh jalan yang salah.

PUTERIKU..
Kami tidak minta kalian berubah secara drastik mengembalikan keperibadian muslimah yang benar, akan tetapi kembalilah kejalan yang benar setapak demi setapak. Pembaikan tersebut tidak dapat diatasi hanya dalam waktu sehari atau dalam waktu yang singkat, melainkan dengan kembali kejalan yang benar daripada melewati jalan-jalan menuju keburukan yang pernah kita lewati. Walaupun jalan itu kini semakin jauh kita tinggalkan, jangan kita lupa untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. Kita perlu membanteras pergaulan bebas, kalaupun seorang wanita menutup aurat tidak bererti ia boleh bergaul dengan lelaki yang bukan mahramnya dengan bebas dengan berjabat tangan di sekolah, berbincang, berjalan seiring dan belajar bersama.

Jangan lupa Allah menjadikan pasangan itu lelaki dan wanita agar mereka saling mengenal (perlunya ikatan yang sah) kerana itu fitrah ciptaan Allah. Mereka yang mengembar-gemburkan kebebasan pergaulan bebas atas dasar kemajuan adalah pembohongan, dilihat pada  2 sebab ;


  • PERTAMA - Kerana mereka melakukannnya untuk kepuasan diri mereka, memberikan kenikmatan melihat anggota badan yang terbuka dan kenikmatan-kenikmatan lain yang mereka bayangkan. Akan tetapi mereka tidak berani berterus-terang, oleh kerana itu mereka berselindung disebalik kalimat kemajuan, modenisasi, hak asasi dan pelbagai lagi ungkapan-ungkapan lain.
  • KEDUA - Kerana mereka berimamkan barat dan bagaikan kiblat. Seolah-olah kebenaran adalah apa yang datang dari sana ( Paris, London, Berlin, New York) yang berupa tari-menari, pergaulan bebas, mendedahkan aurat dikhalayak ramai dan sebgainya. Kebatilan menurut mereka adalah degala sesuatu yang datang dari Timur, sekolah-sekolah islam dan masjid-masjid, walaupun berupa kehormatan, kemuliaan, kesucian dan keamanan,

Oleh kerana itu, janganlah berikan diri kalian sebagai korban iblis, jangan dengar uacapan mereka yang merayu dengan pergaulan yang alasannya hak asasi, modenisma, emanisipasi dan kehidupan kampus. Sungguh kebanyakan orang yang terkutuk ini tidak beristeri dan tidak memiliki anak. Mereka sama sekali tidak memikirkan kalian. Sedangkan saya adah seorang oayah kepada 4 orang gadis. bila saya membela kalian, bererti saya membela puteri-puteri saya sendiri. Saya ingin kalian bahagia seperti yang saya inginkan untuk puteri-puteri saya.

Sesungguhnya tidak ada yang mereka inginkan selain mahu merobek kehormatan kalian. Kemuliaan yang tercela tidak akan kembali, begitu juga martabat yang hilang tidak akan dapat ditemui kembali.

Bila anak puteri itu terjatuh, tidak seorang pun  diantara mereka mahu menyinsingkan lengan untuk membangunkannya dari lembah kehinaan, yang engkau dapati mereka hanya merebut kecantikan si gadis. Apabila telah berubah dan hilang, mereka pun berlalu pergi. Persisnya seperti anjing meninggalkan bangkai yang tidak tersisa daging sedikitpun. Inilah nasihatku padamu, puteriku. Inilah kebenaran. Sedarlah, ditanganmu itulah terletakknya kunci pinttu kebaikan, bukan ditangan kami kaum lelaki. Dengan memperbaiki diri kalian, dengan demikianlah umat pun boleh menjadi baik.

Ayahmu~

| Adaptasi dari buku "Wahai Puteriku" oleh Ali Thanthawi |

Rasulullah berkata yang bermaksud : " Sebaik-baik wanita itu adalah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kacamata ahli keluarganya, yangg menghormati suaminya, yang menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya yang tercinta, yang memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya"

Hebatnya Muslimah

Friday, 25 January 2013


Gambar Hiasan

Muslimah itu hebat bukan kerana dia "cantik"
Muslimah itu hebat bukan  kerana dia "kaya"
Muslimah itu hebat bukan kerana dia "pintar"
Dan bukan pula kerana "di sampingnya ada muslimin yang kacak dan kaya"

Tapi muslimah hebat itu adalah muslimah yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya.
Mampu berdoa dan percaya kepada ALLAH adalah sumber "kekuatannya"
Muslimah sangat hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan.

Bersabar saat tertekan.
Tersenyum dikala hati lagi menangis.
Diam ketika terluka.
Mempesona kerana memaafkan..
Moga dengan itu, kau akan beroleh syurga diakhirat kelak.

Kisah-Kisah Kecemburuan Lelaki Soleh

Thursday, 13 December 2012



Rasulullah Mencemburui Mariah al-Qibtiyah

Direkodkan oleh Abdullah bin Lahi'ah daripada Yazid bin Abi Habib daripada Abdur Rahman bin Syamasah al-mahri daripada Abdullah bin Umar, ketika Mariah al-Qibtiyah mengandungkan anak Rasulullah, ibrahim, seorang kerabat lelakinya daripada Mesir kerap datang menziarahinya. Suatu hari, Rasulullah menemui mariah dan melihat kerabatnya ada bersamanya. Rasulullah berasa cemburu. Baginda keluar dengan rona wajah yang berubah. Kaum munafik pula suka mengintai peluang untuk membawa mulut dan manabur fitnah. Di jalanan, baginda bertemu Umar. Umar perasana akan sesuatu yang Rasulullah pendam. umar lantas bertanya keaadaan baginda. Rasulullah menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah. Dengan pedang terhunus, Umar lalu mencari lelaki itu. Dia mahu membunuhnya. Lelaki itu segera menyingkap keadaan zakarnya yang sudah dipotong. Umar tidak jadi membunuhnya. Dia menemui Rasulullah. Rasulullah berkata "Jibril telah datangkepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya daripada tuduhan yang terlintas pada diriku."( Riwayat Bazzar)

Umar Cemburukan Isterinya ke Masjid 
Umar bin al-Khattab tidak kurang besar cemburunya. Pernah isterinya keluar hendak solat berjemaah di masjid. Daripada riak wajahnya isterinya tahu Umar tidak suka dan sedang cemburu. Lalu isterinya berkata. "Jika kanda melarang, dinda tidak pergi." Umar diam sahaja kerana ingat pesan nabi, "Janganlah kamu melarang para wanita pergi ke masjid." (Direkodkan oleh Bukhari, Ahmad dan Abu Daud).

Cemburu Diambil kira bagi meringankan Hukuman
Pernah ada kes pada zaman Umar, seorang lelaki membunuh isterinya dan seorang lelaki lain kerana melihat mereka sedang berzina. Sekelompok ahli fiqh dan dan antaranya, Imam Ahmad berpendapat bahawa sekiranya seorang pemuda menemui lelaki lain sedang berzina dengan isterinya , lalu dia membunuh keduanya maka tiada qisas (bunuh balas)  baginya serta tiada wang diyat (wang ganti rugi yang perlu dibayar kepada keluarga si mati bagi membebaskannya daripada hukuman qisas) Kecuali sekiranya dia membunuh isterinya yang sedang diperkosa, maka perlu diqishas. Namun, ucapan suami semata-mata tidak boleh diterima kecuali dengan saksi oleh walinya dan bukti. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa Ibnul Qayyim berkata, cemburu yang membuat pencinta menghukum kekasihnya dengan sangat berat begini adalah cemburu yang tidak terpuji.
Ibnu Umar Cemburu Mendengar Bicara Isterinya dengan Lelaki Kerabatnya.
Hammad bin Zaid daripada Ayyub daripada Ibnu Umar mendengr isterinya berbicara dengan seorang lelaki dari balik tembok. Antara mereka masih ada hubungan kekeluargaan. Namun Ibnu Umar tidak mengetahuinya. Lalu dia mengumpulkan pelepah kurma dan memukul isterinya hingga si isteri berteriak kesakitan.
Cemburu Muaz bin Jabal Saat Makan Epal
Al-Kharaithi menyebut daripada Muaz bin Jabal bahawa dia makan epal bersama isterinya. Lalu masuklah hambanya menemuinya. Kemudian si isteri memberikan epal yang sudah dimakan sebahagian kepada hamba itu. Muaz berasa cemburu. Dia lalu memukul isterinya.
 

Copyright by © 2010 Nurain An-Nashwa
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah