Ana Muslimah


MASA ITU EMAS


Untukmu Adam

♥♥♥♥
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku,
sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
♥♥♥♥
♥♥♥♥
Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi..

Dan Ya Allah, Ya Tuhanku..
Yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan untukku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku.
Luputkan dia dari ingatanku..
Hilangkan dia dari pandanganku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah..
Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja yang meraih..
Agar bisa aku bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah yang telah patah..
Waulaupun tidak sama dengan dirinya,
aku memohon agar ia lebih baik darinya.

Ya Alah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, adalah yang terbaik untukku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku didunia dan diakhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Jaganlah Engkau biarkan aku sendiri didunia ini mahupun diakhirat kelak..
Janganlah Engkau menjuruskan aku kelembah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka,
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu,
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..

Amin Ya Rabbal Alamin...

Followers

Sekali Sepanjang 22 Tahun Di Dunia..

Monday 12 May 2014

Assalamualaikum...

Perasaan pertama kali menjejakkan kaki di Bumi Anbiya tak dapat dirungkai dengan perkataan. Sayu, rindu, penuh dengan rasa cinta, alhamdulillah Allah beri peluang kepada hambaNya yang kerdil ini untuk menjejakkan kaki di bumi Madinah, tempat jasad mulia Nabi SAW dimakamkan. Begitu juga dengan bumi Mekah, yang mana aku dapat melihat, menyentuh bahkan mencium kaabah (kiblat seluruh uma islam) secara live. Subhanallah!! begitu besar nikmat Tuhan untuk hambaNya yang kerdil ini.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengampun
Ampunilah dosa hamba, kedua ibu bapa hamba, ahli keluarga hamba, guru-guru hamba, sahabat hamba dan juga muslimin muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.. 

Semoga umrah dansegala ibadat kami di terima disisiMu Ya Allah..
Tanpa bantuan dan pertolonganMu Ya Allah kami tak punya apa-apa..





Sungguh aku merindui ketika berada disana..
Ya Allah, izinkan aku menjejakkan kaki kesana untuk yang kedua kalinya..
 To be continue....



1 comments:

Unknown said...

Assalam.mcm knl je.

Post a Comment

 

Copyright by © 2010 Nurain An-Nashwa
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah