Ana Muslimah


MASA ITU EMAS


Untukmu Adam

♥♥♥♥
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku,
sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
♥♥♥♥
♥♥♥♥
Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi..

Dan Ya Allah, Ya Tuhanku..
Yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan untukku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku.
Luputkan dia dari ingatanku..
Hilangkan dia dari pandanganku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah..
Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja yang meraih..
Agar bisa aku bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah yang telah patah..
Waulaupun tidak sama dengan dirinya,
aku memohon agar ia lebih baik darinya.

Ya Alah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, adalah yang terbaik untukku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku didunia dan diakhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Jaganlah Engkau biarkan aku sendiri didunia ini mahupun diakhirat kelak..
Janganlah Engkau menjuruskan aku kelembah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka,
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu,
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..

Amin Ya Rabbal Alamin...

Followers

Kisah-Kisah Kecemburuan Lelaki Soleh

Thursday 13 December 2012



Rasulullah Mencemburui Mariah al-Qibtiyah

Direkodkan oleh Abdullah bin Lahi'ah daripada Yazid bin Abi Habib daripada Abdur Rahman bin Syamasah al-mahri daripada Abdullah bin Umar, ketika Mariah al-Qibtiyah mengandungkan anak Rasulullah, ibrahim, seorang kerabat lelakinya daripada Mesir kerap datang menziarahinya. Suatu hari, Rasulullah menemui mariah dan melihat kerabatnya ada bersamanya. Rasulullah berasa cemburu. Baginda keluar dengan rona wajah yang berubah. Kaum munafik pula suka mengintai peluang untuk membawa mulut dan manabur fitnah. Di jalanan, baginda bertemu Umar. Umar perasana akan sesuatu yang Rasulullah pendam. umar lantas bertanya keaadaan baginda. Rasulullah menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah. Dengan pedang terhunus, Umar lalu mencari lelaki itu. Dia mahu membunuhnya. Lelaki itu segera menyingkap keadaan zakarnya yang sudah dipotong. Umar tidak jadi membunuhnya. Dia menemui Rasulullah. Rasulullah berkata "Jibril telah datangkepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya daripada tuduhan yang terlintas pada diriku."( Riwayat Bazzar)

Umar Cemburukan Isterinya ke Masjid 
Umar bin al-Khattab tidak kurang besar cemburunya. Pernah isterinya keluar hendak solat berjemaah di masjid. Daripada riak wajahnya isterinya tahu Umar tidak suka dan sedang cemburu. Lalu isterinya berkata. "Jika kanda melarang, dinda tidak pergi." Umar diam sahaja kerana ingat pesan nabi, "Janganlah kamu melarang para wanita pergi ke masjid." (Direkodkan oleh Bukhari, Ahmad dan Abu Daud).

Cemburu Diambil kira bagi meringankan Hukuman
Pernah ada kes pada zaman Umar, seorang lelaki membunuh isterinya dan seorang lelaki lain kerana melihat mereka sedang berzina. Sekelompok ahli fiqh dan dan antaranya, Imam Ahmad berpendapat bahawa sekiranya seorang pemuda menemui lelaki lain sedang berzina dengan isterinya , lalu dia membunuh keduanya maka tiada qisas (bunuh balas)  baginya serta tiada wang diyat (wang ganti rugi yang perlu dibayar kepada keluarga si mati bagi membebaskannya daripada hukuman qisas) Kecuali sekiranya dia membunuh isterinya yang sedang diperkosa, maka perlu diqishas. Namun, ucapan suami semata-mata tidak boleh diterima kecuali dengan saksi oleh walinya dan bukti. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa Ibnul Qayyim berkata, cemburu yang membuat pencinta menghukum kekasihnya dengan sangat berat begini adalah cemburu yang tidak terpuji.
Ibnu Umar Cemburu Mendengar Bicara Isterinya dengan Lelaki Kerabatnya.
Hammad bin Zaid daripada Ayyub daripada Ibnu Umar mendengr isterinya berbicara dengan seorang lelaki dari balik tembok. Antara mereka masih ada hubungan kekeluargaan. Namun Ibnu Umar tidak mengetahuinya. Lalu dia mengumpulkan pelepah kurma dan memukul isterinya hingga si isteri berteriak kesakitan.
Cemburu Muaz bin Jabal Saat Makan Epal
Al-Kharaithi menyebut daripada Muaz bin Jabal bahawa dia makan epal bersama isterinya. Lalu masuklah hambanya menemuinya. Kemudian si isteri memberikan epal yang sudah dimakan sebahagian kepada hamba itu. Muaz berasa cemburu. Dia lalu memukul isterinya.

BIOGRAFI RASULULLAH SAW

Thursday 1 November 2012

PART 2

NAMA DAN GELARAN RASULULLAH SAW

Assalamualaikum.
Dah lama rasanya tak menjengah ke alam blog, dengan kesibukan sebagai seorang penuntut ilmu. Terkadang perasaan cemburu menghatui diri melihat sahabat lain boleh membahagikan masa dengan sebaiknya, tapi aku sebaliknya. Mungkin harus diperbaiki kekurangan disitu.

Untuk perkongsian hari ini adalah mengenai nama dan juga gelaran bagi Rasulullah SAW

Didalam kitab Muhammad karangan Muhammad Redha, terdapat hadis yang menerangkan tentang nama-nama Baginda SAW selain Muhammad atau Ahmad.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Bahawa sesungguhnya bagiku ada beberapa nama antaranya, "Aku Muhammad, aku Ahmad, aku Al-Mahi kerana Allah menghapuskan bagiku kekafiran, aku Al-Hasyir kerana manusia akan dihimpunkan atas jalanku, aku Al-'Aaqib kerana tiada selepasku nabi."
Kisah bagaimana nama Muhammad diperolehi oleh ibunda Baginda SAW sewaktu Baginda dikandungkan oleh ibunya Aminah pada bulan pertama, datang Nabi Adam AS didalam mimpi Aminah dan berkara berilah nama anakmu itu dengan nama Muhammad. Pada bulan kedua, Aminah juga didatangi oleh Nabi Adam AS dan seterusnya meminta kepadanya supaya diberikan nama Muhammad sehinggalah bulan yang kesembilan.


~~To Be Continue~~


Cerita Si Buta

Saturday 13 October 2012

Assalamualaikum

Seorang pakcik tua sedang duduk bersama anaknya yang berumur 25 tahun di dalam keretapi.

Ini bukan kali pertama mereka menaiki keretapi.
Keretapi bakal bergerak, semua penumpang mengambil tempat masing-masing.

Semasa keretapi itu mula bergerak, anak pakcik tersebut berasa tersungguh riang dan penuh perasaan ingin tahu melihat keluar tingkap…

Beliau meletakkan tangannya di luar tingkap untuk merasai udara melepasi tangannya. Anak berusia 25 tahun itu menoleh ke arah ayahnya – “Abon, Abon – lihat semua pokok bergerak ke belakang.”

Abonnya tersenyum, “Ya, anakku sayang, memang begitu. Menakjubkan kan?”

“YA ayah,” jerit anaknya dengan riang.

Duduk tepi anak-ayah ini adalah sepasang suami isteri berumur hampir 40an. Mereka mendengar segala perbualan antara anak-ayah ini. Mereka terasa pelik mengapa anak pakcik yang sudah besar ini berkelakuan seperti seorang kanak-kanak.

“Peliklah anak pakcik ini…” bisik mereka.

Kemudian, anak pakcik itu menjerit lagi, “ABON, ABON, hujan hujan. Air sedang menyentuh tangan saya… Abon tengok.”

Pakcik menjawab, “Ya memang begitu anakku” sambil tersenyum gembira.

Pasangan suami isteri itu tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan suara kerana perangai anak pakcik tersebut yang dianggap mereka kurang siuman lalu memberikan cadangan….

“Pakcik, mengapa tak bawa anak ke hospital … untuk terima rawatan…”

Pakcik tua itu menoleh dan menjawab…

“Sudah. Kami dari hospital ini nak balik kampung… Maknya sedang menunggu kegembiraan kepulangan kami… Anak saya baru dapat melihat buat kali pertamanya hari ini dalam hidup dia dan dia bakal dapat melihat wajah maknya buat pertama kalinya….”

Pasangan suami isteri itu tersengam diam malu seribu bahasa….

Adakah perkara ini pernah terjadi kepada anda? Sudah tentu pernah.

Pernah tak terfikir mengapa Allah membuat dua mata di depan, dan bukan satu di depan dan satu di belakang?

Hikmahnya ialah apa yang dipandang mata manusia hanyalah sebahagian sahaja – tidak 360 darjah – Oleh itu, janganlah mengganggap apa yang dilihat di depan mata ialah segalanya. Ia hanya sebahagian sahaja.

Sebahagian lagi perlu dilihat dengan mata hati. Bukan hati yang bersangka buruk tapi hati yang bersedia bersangka baik kepada apa yang dilihat.

Jangan anggap sendiri tahu segalanya walaupun perkara itu di depan mata kerana mata hanya mampu melihat apa yang minda nak lihat. Minda sangka buruk, maka mata yang memandang akan fokus kepada perkara buruk dan begitu juga sebaliknya.

Ingat sesuatu situasi ataupun pandangan mata adalah neutral. Minda yang menafsirnya baik dan buruk. Yang kita dapat lihat tidak semestinya betul, yang kita tak dapat lihat tak semestinya silap.

Senyum...^_^

Salam Sayyidul Ayyam

Friday 21 September 2012


Assalamualaikum.
Bicara penulis hari ini.
Antara fakta yang tersembunyi dalam kebanyakan manusia di era akhir zaman ini;

Kawan-kawan tahu tak, yang ramai di antara kita menolak pelawaan untuk menjunjung tinggi agama Allah SWT ketika mana Islam berada di tempat yang ditindas, dihina, lemah, dan mengharungi cabaran yang dasyat hari ini..
Tapi, bila Islam sudah berada di puncak kegemilangan esok, baru nak menggigit jari, baru nak mengaku bersama perjuangan Islam.

Selama ini kita ke mana?
 Disibukkan dengan apa?

Kalau tengok sekarang, kadangkala kita boleh nampak yang 
orang Islam itu sendiri yang merumitkan urusan orang Islam yang lain, 
orang Islam itu sendiri yang membawa perpecahan dalam kalangan orang Islam, 
orang Islam itu sendiri yang menindas dan menafikan kerja dakwah orang Islam,
orang Islam itu sendiri yang mengumpat/merendah-rendahkan orang Islam"

Tak mahukah kita menjadi golongan terawal macam para sahabat yang diredhai? 
Yang sentiasa mendukung gerak kerja islam.
Betul..
kita belum dijamin syurga, tapi syurga itu janji Allah buat mereka yang ikhlas di jalanNya~

Pasti ada yang akan berkata bahawa ikhlas itu Allah yang pegang..
Tidak dinafikan memang benar, dan ikhlas itu juga ibarat seperti seekor semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap.
 Tapi andai kita sendiri tidak berusaha untuk meningkatkan kebarangkalian untuk mencapai keikhlasan tersebut,
maka kita pun sama seperti golongan orang-orang sombong.
 Dan orang sombong itu selalu rugi..

Seperti Firman Allah dalam Surah An Nashr :-

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat."[QS;An Nashr:1-3]

 Dan andai sahaja kita mampu melihat masa depan, kita pasti membenci,menyesal dengan tindakan kita pada hari ini..serius.tak percaya eh? tunggu dan lihat sajalah!

Cuma satu kata semangat buat penggerak kerja Islam,
Jangan pernah goyah.
Tetapkan hati dan terus istiqomah berjuang demi Agama Allah..
Ingatlah bahawa,
"Sesungguhnya, jika ada diantara kalian yang mengata sesuatu di belakang kalian, 
percayalah bahawa kalian sudah berada dihadapan.
 Dan 
Sesungguhnya, jika ada dianatara kalian yang merendah-rendahkan kerja dakwah kalian, 
percayalah bahawa agama yang kalian bahawa sudah berada diatas..
Allahu Akbar!!

Last but not least undian kita penentu corak pemerintahan akan datang.
Selamat menunaikan solat jumaat


Ikhlaskan hati ^_^
Sebelum berundur, penulis memohon maaf atas salah dan silap.
Wallahualam

Muslimah Solehah Itu Berbeza

Friday 27 July 2012

¸.•.Assalamualaikum.¸

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh rasa malu,
Membelek-belek tudung dan baju,
Bukan untuk cantik,
bukan bimbang dipandang tidak menarik ,
Tapi demi memastikan syari’at Allah dilaksana dengan baik,
Kepuasan diri bukan utama,
kepuasan Allah itu kerisauannya.

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Khidmat bakti dan cintanya untuk suami,
bukan kerana takutkan poligami,
bukan bimbang cinta tak bersemi,
Tapi semata patuh pada suruhan ILAHI,
Demi kasih dan cintanya kepada Nabi.

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Walau jauh dia berada,
walau setinggi mana jawatan digalasnya,
Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga,
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai sakinah dan mawaddah,
yakin hadirnya rahmah dan barakah,
Rumahtangga bahagia,
syurganya di dunia

Hikmah Berbakti Kepada Orang Tua

Wednesday 25 July 2012

¸.•.Assalamualaikum.¸

Buat sahabat dan pembaca yang paling aku kasihi,
Nukilan ini datangnya ikhlas dari hati, maka baca dan hayatilah juga ia dengan hati. Percayakah andai dikatakan perubahan itu perlukan pengorbanan, dan apabila kita berusaha untuk berubah kepada kebaikan khususnya dalam mendalami agama kita sendiri, syaitan mula tidak diam duduk dan berusaha mencari akal untuk merosakkan hati kita. Andai tidak kita pelihara hati itu dari hasutan syaitan dan tenggelam dengan segala tipu helahnya pasti itu paling merugikan. Akhir-akhir ini, aku turut terasa seperti diuji dengan hati aku sendiri. 
Adakah aku bersalah dalam menetapkan keputusanku sehingga membuatkan kalian terpaksa bersangka baik? 
Bukan aku cuba mencari alasan untuk tidak turut serta, tapi itulah yang sebetulnya aku alami. 
Bukan aku tidak ingin turut serta dengan kalian, bahkan hati ini berat untuk bersama-sama sahabat semua, tapi khidmatku disini harus aku utamakan. Tambahan dengan beberapa perkara lain yang perlu diselesaikan dalam tempoh waktu tersebut, menambahkan kesulitan buat aku untuk turut serta.
  
Dalam Surah Al-Israk ayat 23-24, Allah berfirman yang maksud-Nya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. 
Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil. 

Ya!! Aku perlu bertanggungjawab terhadap itu semua, memang aku tidak dalam membayar dengan wang setiap titik susumu bonda, kasih sayangmu ayah, perhatian dan pengorbanan kalian berdua, kerana semua itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Tapi selagi aku mampu aku akan berbakti kepada kalian. "Ya Allah, permudahkanlah aku dalam segala urusan dalam mencari RedhaMu, kerana sesungguhnya keredhaanMu untukku terletak pada keredhaan kedua ibu bapaku". Tanggungjawab berbuat baik kepada mereka boleh dikatakan lebih penting daripada berjihad pada satu-satu ketika. Keutamaan berkhidmat kepada orang tua itu melebihi pahala berjihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah."  (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut itu lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga. Melainkanlah kalau ada ibu bapa yang tamakkan harta (macam dalam drama-drama Melayu). Apatah lagi kalau kita dapat mengurangkan beban mereka, pasti itu lebih menguntungkan bukan? Dan inilah yang aku sedang lakukan, meringankan beban mereka. Kedua ibu bapa aku sudah melebihi separuh abad, maka wajarlah bagi aku untuk membantu meringankan beban mereka. Setiap keluarga khususnya ibubapa kita pasti punya bebannya yang tersendiri, begitu juga kedua ibubapaku. Dan tidak aku nafikan, kalian juga punya ibubapa yang dipertanggungjawabkan keatas kalian, maka sudah pasti kalian mengerti apa yang aku alami bukan?  Maka ayuhlah kita sama-sama berkhidmat dengan berbuat baik untuk mereka selagi kita punya peluang. Jangan kita menyesal dikemudian hari, kerana asyik mengejar yang lain sehingga kita terlepas untuk bersama dengan mereka. Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Aku tidak mahu menjadi seperti itu, maka izinkanlah aku mengejar apa yang sudah ada dihadap mataku iaitu berkhidmat untuk mereka, bukan aku tidak ingin berpandangan jauh, menggapai awan dan menongkah arus bersama kalian, tapi aku takut aku bakal menjadi orang yang tamak dan akhirnya aku sendiri yang rugi.

Ya! Aku bukanlah orang yang bijak pandai menghurai dan berhujah mengenai hal agama, tapi itulah yang sering aku dengar tazkirah dari ustaz dan ustazah. Dan itulah yang terlahir dari hati aku.

Pernah juga aku diberitahu tentang hikmah kita berbakti kepada kedua Ibu Bapa :-
i. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa adalah lebih utama daripada keluar berjihad pada jalan Allah.
ii. Memberi Khidmat kepada kedua ibu bapa pahalanya adalah menyamai pahala orang yang mengerjakan haji, umrah dan jihad.
iii. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa akan meluaskan rezeki anak dan Allah akan melanjutkan usianya.
iv. Memandang kepada kedua ibu bapa dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang, pahalanya sama dengan orang yang mengerjakan haji.
v. Syurga yang kita impikan terletak dibawah telapak kaki ibu, dengan keredhoaan ibu barulah kita boleh menjejaki syurga Allah.
vi. Kegembiran dan kebahagian ibu bapa seiring dengan kegembiraan Allah, sedang kemarahan keduanya adalah seiring dengan kemurkaan Allah.
vii. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa adalah amalan yang paling mulia sekali diantara ibadah-ibadah yang lain.

Sekali lagi maaf beribu maaf aku pohon dari insan-insan yang aku kasihi. Dan andai diri ini salah, betulkanlah aku kerana aku bukanlah manusia yang sukar untuk menerima teguran. Jangan biarkan kesalahan dan kekhilafan aku yang lalu membuatkan dirimu menjauhi aku dan meninggalkan aku dengan kesalahan yang telah aku lakukan tanpa aku sedari untuk memperbetulkannya. Sungguh aku rindu pada kalian, dan pastinya aku mencintai kalian kerana Allah. 

Ramadhan Bulan Penuh Keberkatan

Sunday 22 July 2012

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan keatas orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.”

Assalamualaikum..

Pejam celik dah puasa, hari ni dah masuk hari kedua umat islam menyambut kedatangan bulan Ramadhan 2012. Kadang-kadang selalu terfikir, apakah masih sempat lagi aku merasakan puasa pada tahun-tahun akan datang? Sesungguhnya aku amat mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna dan menjadi sesuatu kepuasan dalam beribadat kepada Allah Taala. Okaylah kat sini aku nak kongsi sedikit tentang Puasa. Petikan kat bawah ni adalah terbitan dari “Soutul Muttaqin” oleh Lajnah Penerbitan dan Penerangan Surau Al-Muttaqin Kolej Matrikulasi Pahang Batch 2010/2011 dulu, masih aku simpan lagi walaupun dah hampir 2 tahun.  Mari sama-sama kita baca, semoga dapat membantu kita meraih keikhlasan dan kepuasan dalam beribadat pada bulan yang mulia ini, InsyaAllah..

Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan fadhilat yang dinanti-nantikan telah kembali. Antara fadhilat Ramadhan ialah :-
1- Pintu syurga dibuka selebar-lebarnya sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
2- Terdapat malam yang lebih baik daripada seribu  bulan, iaitu malam al-Qadar.
3- Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4- Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang terlepas jika kita benar-benat bertaubat.
5- Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
6- Orang berpuasa akan mengecapi dua kali kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

Dalam bulan ini  juga, pahala dilipatgandakan. Jadi, untuk memaksimumkan pahala, perkara berikut perlu diamalkan:-
-Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari
-Bersahur diakhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana)
-Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
-Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
-Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka puasa.
-Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuknya waktu maghrib.
-Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikut sunnah Nabi Muhammad.
-Amat disunatkan untuk bersedekah harta bagi mempersiapkan juadah bebuka untuk orang ramai terutama orang miskin.
-Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah.

Rindu tarawih dengan sahabat di matrik dulu..


Biografi Agung Rasulullah SAW

Wednesday 4 July 2012

PART 1

¸.•.Assalamualaikum..¸
 Lamanya aku meninggalkan blog ini tanpa sebarang berita. 
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah dengan segala limpah kurnianya. Dalam hampir sebulan bercuti ini, masa banyak dihabiskan dengan membaca sahaja.

Antara buku untuk bacaan cuti ini:-
1. Biografi Agung Rasulullah SAW by Rusydi Ramli Al-Jauhari.
2. Mengapa Rasulullah Tidah Pernah Sakit by Dr. Adi Hashman
3. Sebarkan Cinta-Mu by Fatimah Syarha Mohd Noordin 
4. Tautan Hati by Fatimah Syarha Mohd Noordin
5. Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu by Fatimah Syarha Mohd Noordin & Dr. Farhan Hadi.

Walaupun masa banyak terluang itu yang diatas, 
tapi masih merasakan kekurangan dalam menghayati nikmat cuti ni..
Kerana tak berpeluang nak tolong bonda menjahit baju tempahan raya, 
juga masih tak diberi kesempatan untuk membantu bonda memasak didapur, 
dan sebagainya. 
Harap selepas semua urusanku selesai di negeri orang ini, aku masih diberikan kesempatan untuk melakukan semua itu.
Amin..

Baru-baru ini, dapat hadiah dari seseorang yang dirahsiakan identitinya.
Judul Buku persis Tajuk entry kali ini.
By : Rusydi Ramli Al-Jauhari.

Sebagai permulaannya, jom kita kenali siapa dia Muhammad SAW.

KETURUNAN

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib (Syaibatul Hamd) bin Hashim (Amru) bin Abdul Manaf (Al-Mughirah) bin Qusai (Zaid) bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al-Nadhar (Qais) bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah ('Aamir') bin Ilias bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.
Seperti yang kita semua tahu nasab keturunan Baginda sampai kepada Nabi Ibrahim AS melalui Nabi Ismail AS (Bapa Arab) namun yang ittifak melalui persetujuan para ulama adalah sehingga Adnan, kerana selepas Adnan menjadi khilaf atau perselisihan pada perawinya. Namun menjadi kesepakatan ulama bahawa diketahui Adnan itu adalah dari Nabi Ismail AS sebagaimana yang disebutkan dalam kitab Zadul Ma'ad. 
~~To Be Continue~~
...

Jom Berubah~

Sunday 10 June 2012

¸.••.Assalamualaikum.•.¸


~Dunia harini semakin tenggelam dengan harus permodenanan yang berpaksikan Barat,
~Anak-anak muda yang tiada sedikit pun nilai Islam dalam diri  mereka,
~Islam bukan hanya pada nama atau pakaianmu.
~Islam itu menyeluruh,
~ Mecakupi semua aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi,
~  Dari sekecil-kecil perkara, 
~ Sehingga sebesar-besar perkara,
~Dengan berpandu dan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah,
~Nescaya umatmu Muhammad tidak akan terpesong dan terbabas dari landasan Islam.

~ Wanita..
~ Kamu merupakan kaum yang lemah,
~ Bilanganmu juga melebihi daripada bilangan lelaki,
 ~ Kamu perlu dibimbing,

~Jadi..
~ Sudah menjadi tanggungjawab kaum lelaki untuk menjadi pembimbing mereka,
~ Menjadi imam dan khalifah,
~ Tetapi,
~ Bila dilihat Adam, dari kaum kalianlah yang menjadi perosak,
~ Kaum kalianlah yang mengetuai Kongsi Gelap,
~ Sindiket Pengedar Dadah,
~ Perdagangan Orang,
~ Perogol, Peragut.
 
~ Andai semua kaum kalian sudah rosak,
~ Bagaimana kaum sesudah kalian?
~
 Siapa yang bakal menimamkan kaum wanita?~ Tidak pernahkah persoalan sebegini timbul dibenak kalian?
~ Hanya satu kupohon dari kaummu,
~Sentiasalah kalian berusaha untuk mencegah kemungkaran,
~Dan mengajak kepada kebaikan.
~ Andai itu terlalu berat buatmu,
~ Cukuplah sekadar engkau menjauhi perkara itu.
~ Dan
~ Tetap terus berusaha memperbaiki diri
~ Untuk menjadi sesoleh mungkin.
~Bukan niatku menunding jari kepada kaummu.

~Kerana..
~ Kaumku juga turut melakukan hal yang sama,
~ Tapi mereka itu fitrahnya lemah,
~ Kami memiliki 9 nafsu 1 akal,
~ Tetapi kaummu memiliki 1 nafsu 9 akal,
~ Alangkah baiknya 9 akalmu itu digunakan kearah kebaikan
~ Nescaya amanlah dunia.

~Akhir kata,
~ Maafkan aku atas tulisan dan nukilan hati ini andai ada yang menguris hati kalian.
~ Semoga kita sama-sama memperbaiki diri
~ Menjadi individu Muslim yang sentiasa memuhasabah diri.

~ InsyaAllah ✿~


Aku Cemburu

Friday 8 June 2012

¸.•.Assalamualaikum..¸

Gambar Hiasan


~~
Ya Allah,
Hati ini cemburu padanya.
Bukan kerana cantik wajahnya,
Tapi kerana keelokan peribadinya.

~~
Ya Allah,
Hati ini cemburu padanya,
Bukan kerana kaya hartanya,
Tapi kerana kaya budi pekertinya.

~~
Ya Allah,
Hati ini cemburu padanya,
Bukan kerana merdu suaranya,
Tapi kerana tinggi dan hikmah kata-katanya.

~~
Ya Allah,
Hati ini cemburu padanya,
Bukan kerana orang memperhatikannya,
Tapi kerana dia memperhatikan setiap masalah temannya.

~~
Ya Allah,
Hati ini cemburu padanya,
Bukan kerana banyak ibadat yang dikerjakannya,
Tapi kerana istoqamah dalam setiap ibadat yang dilakukannya.

~~
Ya Allah,

Hati ini benar-benar cemburu.
Bantulah aku untuk menjadi hambamu yang soleh.
Bantulah aku untuk menjadi hambamu yang ikhlas.
Permudahkanlah aku dalam memperbaiki diri untuk menjadi yang soleh dimataMu.

~~
Ya Allah,
Hati ini benar-benar cemburu,
Peliharalah hati yang cemburu ini dari terus mencemburuinya.
Tunjukilah aku jalan yang lurus menuju redhaMu.
Kurniakanlah aku Taufiq dan Hidayah-Mu.
Tetapkanlah hati aku dijalan-MU
Jangan Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah-Mu...

Amin Ya Rabb..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cantik Luar, Kacak Dalam

Wednesday 6 June 2012


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
  بسم الله الرحمن الرحيم
عليكم السلام





SAHABAT YANG SOLEH
Gambar Hiasan

SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN
TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU
AGAR IA TIDAK BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU
PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN

TETAPI,
HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN

Genap 20 Tahun

Tuesday 5 June 2012

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
  بسم الله الرحمن الرحيم
عليكم السلام


Syukur Alhamdulillah, SEgala puji hanya buat Allah.
Hari ini 5 JUNE 2012 genap 20 tahun saya hidup atas muka bumi Allah SWT ini.
Terlalu cepat masa berlalu.
Apa-apa pun ucapan terima kasih buat bonda yang telah melahirkan diri ini, yang mendidik dengan penuh kasih sayang, tanpa ada sedikit pun kekurangan, 
yang setia berada disisi anaknya ini dalam keadaan dia berjaya atau gagal sekalipun.
Juga buatmu ayah atas kata-kata semangat tak pernah lekang dari bibir kalian.
Yang sentiasa sabar melayan karenah anaknya ini, walaupun hatinya sendiri pernah terguris dek kata serta kelakuan anaknya.
Ayah, Bonda..
Maafkan Anakmu, 
Andai diri ini masih belum sempurna menjadi anak yang dapat dibanggakan.
Anakmu ini belum cukup solehah untuk menarikmu kesyurga,
Tetapi ketahuilah bonda,
yang anakmu sedang berjuang untuk menjadi sesolehah yang mungkin..
Mohon doa darimu bonda, ayah..


Terima kasih Ya Allah,
untuk usia yang telah Engkau berikan. 

Terima kasih juga,
untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. 
Terima kasih,
untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih, 
untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. 
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku 
dan 
terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu. 


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, 
aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. 
Namun begitu besar kasihMu, 
Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.
Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq,
walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih. 



Ampunkan aku Ya Allah, 
pabila aku merintih nasibku di hadapanMu.
 Kalau bukan kepadaMu, 
kepada siapa lagi harus ku mengadu? 
Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini.

Ya Allah…
Namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. 
Adakalanya aku kurang kesabaran. 
Ada masanya aku goyah keimanan. 
Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan.
 Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan. 



Dalam usia begini, aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman.
 Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. 
Dalam usia meniti senja ini, aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.
Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi. 



Ya Muhaimin…
Pimpinlah tangan hambaMu ini…
Pimpinlah hati hambaMu ini…
Pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. 
Ya Al Quddus… 
Sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku…
Bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela. 



Ya Al Hakiim…
Berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya.
Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. 
Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi. 



Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. 
Engkaulah Ya Maha Besar… 
Peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu. 



Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill. 



Amin Ya Rabbul Alamin.

Tajuk 1 : Ikhlas Pembersih Kekotoran Hati

Monday 7 May 2012

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
  بسم الله الرحمن الرحيم
عليكم السلام

Gambar Hiasan


Apa yang dimaksudkan dengan menjaga kebersihan disini ialah bukan apa yang dapat dilihat oleh mata, misalnya seperti menjaga kebersihan anggota badan, pakaian, tempat kediaman dan persekitaran. Menjaga kebersihan yang dimaksudkan disini ialah menjaga kebersihan hati yang jarang sekali diambil perhatian

Ramai di antara kita lebih mengutamakan kebersihan zahir daripada kebersihan hati. Ini kerana kebersihan zahir dapat dilihat kekotorannya dengan mata kasar, manakala kekotoran hati tidak dapat dilihat kecuali apabila dapat dikesan melalui amal perbuatan dan tindak tanduknya.

Hati di dalam tubuh manusia ibarat kayu ukur untuk menilai sama ada baik atau buruk amal perbuatannya. Dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abi Abdillah An Nu'man bin Banyir, Rasulullah SAW berkata, "Ketahuilah bahawa dalam tubuh manusia itu terdapat seketul daging, apabila elok dan sempurna daging itu maka akan elok dan sempurnalah seluruh tubuhnya. Tetapi jika daging itu rosak, akan rosaklah seluruh tubuhnya itu. Ketahuilah daging yang dimaksudkan itu ialah hati."

Apabila hati berpenyakit, itulah yang dinamakan tidak bersih. Hati tidak bersih atau kotor berpunca dari banyak perkara seperti sombong, angkuh, berdendam, berdengki, takbur, iri hati, bakhil, tamak, haloba, dan lain-lain perbuatan yang merugikan.

Di dalam banyak-banyak kekotoran hati itu, penyakit syirik merupakan satu-satunya penyakit yang paling bahaya. Rasulullah SAW sering berpesan kapada umatnya agar menjauhi perasaan atau sifat syirik seperti ini.

Tidak dinafikan bahawa segala amal perbuatan yang dilakukan dan menjurus kepada penyakit kekoran hatiini disebabkan tidak ada rasa ikhlas sewaktu melakukannya. Apabila tidak ikhlas, akan timbullah perasaan riak iaitu melakukan sesuatu hanya kerana mahi mendapat pujian atae sanjungan.

Bayangkanlah apakah manfaatnya jika melakukan sesuatu kebajikan andai kita masih lagi bersifar takbur, sombong, berdendam dan perbuatan negatif yang lain> Ia akan menjadi sia-sia kerana amal kebajikan yang dibuat tidak mampu membersihkan hati yang sarat dengan kekotoran seperti itu. 

Sebaik-baiknya segala amal kebajikan yang dilaksanakan dengan ikhlas akan menjadi penapis kepada persaan negatif daripada terus meresap dan berkumpul di dalam hati.

Sebelum melakukan sesuatu amal perrbuatan, sebaik-baiknya lakukanlah pembersihan hati terlebih dahulu iaitu memmbuang segala kekotoran yang bersarang didalam hati. Apabila hati kita sudah bersih, kita akan menjadi lebih mudah melaksanakan segala amalperbuatan kebajikan dan tidak menjadi sia-sia.

Menjaga agar hati sentiasa di dalam keadaan suci bersih ialah dengan bertakwa dan ikhlas terhadap amal ibadat. Tujuan manusia dihidupkan ialah untuk beribadat dan menyembah Allah yang menciptakan.

Segala amal perbuatan tidak akan dapat dilakukan dengan lancar sekiranya sifat ikhlas tidak wujud dalam diri. Oleh itu, amatlah perlu bagi kita menanamkan sifat ikhlas kerana ia akan menghindarkan diri daripada segala penyakit yang mengotorkan hati.

Selain itu, ibadat kepada Allah Azza Wa Jalla juga perlu diiringi rasa cinta dan kasih yang agung dengan mengharapkan pertemuan dengan-nya pada hari akhirat kelak. Rasa cinta ini perlu sentiasa dipupuk agar terus kekal dan tidak turun naik.

Firman Allah SWT : " Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya maka perlakukanlah amalan soleh dan tidak menyekutukan ibadat kepada-Nya dengan sesuatu pun." -Surah al-Kahfi : 110

Selain itu, Allah juga menegaskan tentang kepentingan ikhlas ini seperti firmanNya, "Oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu hanya kepada-Nya." -Surah al-Zumar : 2

 

Copyright by © 2010 Nurain An-Nashwa
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah