Ana Muslimah


MASA ITU EMAS


Untukmu Adam

♥♥♥♥
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku,
sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
♥♥♥♥
♥♥♥♥
Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi..

Dan Ya Allah, Ya Tuhanku..
Yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan untukku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku.
Luputkan dia dari ingatanku..
Hilangkan dia dari pandanganku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah..
Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja yang meraih..
Agar bisa aku bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah yang telah patah..
Waulaupun tidak sama dengan dirinya,
aku memohon agar ia lebih baik darinya.

Ya Alah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, adalah yang terbaik untukku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku didunia dan diakhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Jaganlah Engkau biarkan aku sendiri didunia ini mahupun diakhirat kelak..
Janganlah Engkau menjuruskan aku kelembah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka,
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu,
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..

Amin Ya Rabbal Alamin...

Followers

Showing posts with label Tentang Penulis. Show all posts
Showing posts with label Tentang Penulis. Show all posts

1# My Story

Monday, 13 October 2014

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, today is 13 October 2014, a month of being a wife to Hazwan Syafiq. 
Sebulan berlalu, menjalani kehidupan baru bersama orang baru yang tak pernah dikenali peribadi dan perwatakkannya. To be honest, I still wasn't sure about my feeling toward him, even an hour before my nikah. I'm really worried that I can't love him as suppose a wife should love her husband. Every day, after solah I always pray to Allah that I'll falling in love with him at the moment  he make the lafaz "Aku Terima Nikahnya Nur Ain Binti Jaffar".

 Alhamdulillah, Allah mendengar doa hambaNya ini, walaupun banyak dosa yang di perbuat. Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dihantarnya seorang yang faham syariat untuk menjadi pembimbing diri ini merasai cinta kepada Pemilik Cinta Hakiki. Di pinjamkan seorang yang penyayang dan bertanggungjawab dalam meraih Redha Allah. Di tiupkan juga rasa kasih, sayang dan cinta dalam diri ini hanya yang halal untuknya.

Dia melamarku dengan cara yang bermaruah. itu menjadikan aku lebih yakin dengan keputusan ini, dan sudah pastinya, lamaran dia aku terima lepas solat istikharah yang aku sendiri tak ingat berapa banyak aku buat. Sungguh hanya pada Allah aku berserah, dan Allah itu Maha Hebat. Dia lebih mengetahui yang terbaik buat hambaNya.

Aku berani jamin dan membenarkan, cinta halal itu indah. Maka jangan kamu rosakkan ia dengan bunga-bunga zina. Muslimah dan solehah itu selari, ia memang sesuatu yang susah, kerana ganjaran Syurga itu mahal. Moga doamu juga dimakbulkan Allah abang, untuk memiliki seorang isteri yang solehah. Semoga Allah beri aku kekuatan dan  kesabaran untuk menjadi muslimah solehah dambaanmu.

Andai kalian berfikir rupa paras yang aku pandang,
harta kekayaan yang aku cari,
pangkat dan darjat yang aku kejar,
kamu salah!!
kerana cinta aku bukan cinta biasa,
juga bukan buat orang biasa-biasa,
cinta aku untuk orang yang mencintai Pemilik Cinta Hakiki.

Perkahwinan itu memang mudah, hanya dengan melafazkan akad, kamu sah bergelar suami isteri.
Tapi disebalik perkahwinan itu terpikul satu tanggungjawab yang amat berat.
Tugas khalifah, mengajak manusia kepada kebaikan dan meninggalkan kejahatan itu tidak terputus disitu kerana disinilah tanggugjawab mendidik itu menjadi semakin besar.

Isteri yang dinikahi itu perlu dibimbing, begitu juga zuriat yang bakal dilahirkan. Mendidik agar kedua ini menjadi penyumbang besar dalam kemenangan Islam. Menjadi penyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah SAW.
Semoga kita terus kuat, sabar dan matang dalam menempuhi kehidupan berumahtangga, kerana matlamatnya hanya satu, MARDHATILLAH..

Thank You Allah.
For a new life with new beams of hopes,
I grateful for Your Light which guides my feet to move on through this journey
Though there will be a thorns along this path, please let me be strong to face it.
Thank You Allah,

For sending me a good, caring, loving and pious husband.

Let us be happy and stay loving each other until Jannah..

Amin Ya Rabb.

Marrying someone who loves Allah will show you more about your future than anything else you'll hear or see.

And the best love is when you found someone who makes your Imaan rise, who makes you more pious and who helps your here in the Dunya because that person wants to meet you again in Jannah.

Dear Husband,

I just want you to know that I am very appreciate all your effort,
There are no word to describe how thankful I'm with this marriage..
I am so thankful to have a caring, loving, motivating, inspirational, and friendly husband like you.
Thanks you for accept me as who I'm, my weakness and everything.

I have never ask more, but Allah loves beyond everything..
This best love story that I ever had is also beyond of my expectation. HE sent me the best man with the best love story that I could ever imagine. May He send us a pious and best children too. Amin

And to those who always ask me how my life after nikah? Actually there is nothing drastically changed, because I am still me. Maybe busier a little bit, but I'm getting used to it. And of course, I'm very happy with my life now. So let me share my best day ever in my life.
Alhamdulillah,

Date : 13 September 2014
Day : Saturday











I Love You Abah








Moms, You will always in my heart and my pray.

































Oh Allah, may this people around me be happy with Your Blessed.
Thank you so much for everyone who came and wish for us. You guys made my day, not to forget to our families, who were always support us and helps us in many things, especially to you mom and dad, my brothers, sisters and also my family in laws. Thank you for everyone and sorry andai ada terkurang layanan atau sebagainya. Hanya Allah sahaja yang mampu balas.

Maafkan Aku

Monday, 30 September 2013

Bismillahirrahmanirrahim

MAAF andai kalian merasakan aku menjauhkan diri dari kalian.
MAAF andai kalian terguris hati dan terluka dek kerana tingkah lakuku..
MAAF andai kalian merasakan aku kurang prihatin terhadap kalian..
MAAF andai aku tidak bergelak tawa bersama kalian seperti dulu..
MAAF, MAAF, MAAF..

Aku bukan lah insan kuat sepertimana yang kalian sangka..
Untuk berada dimedan ini bersama kalian, aku perlu kan seluruh kekuatan ku.
Hanya Allah yang tahu betapa aku berusaha untuk menjadi sekuat kalian.
Menjadi sebagus dan sehebat kalian.
Tanpa pertolongan  Ya Qawiyyu, pasti sudah lama aku rebah.

Jadi, jika kalian merasakan aku bukan lagi seperti aku yang dulu,
Maaf, mungkin aku memerlukan masa untuk kembali seperti dahulu.

Sombongkah Aku?

Tuesday, 17 September 2013

Aku malu bila digelar daie, disanjung tinggi. 
Bila aku sebenarnya berbuat dosa di belakang mereka yang memandang aku sebagai manusia suci.

Moga aku kekal dan kuat dengan penghijrahan ini.
Moga aku tidak mudah rebah.
Saat aku rebah, Kau 'peluklah' diri ini cintaku Ya Rabb.

Kurangkan bercakap yang sia sia.
Bukan belagak, cuma aku lebih berhati hati memilih sahabat,
kelak takut aku 'jatuh' kerana seorang sahabat.

"Jika dekat makin bertambah dosa. Maka jarakkan"

Hikmah Berbakti Kepada Orang Tua

Wednesday, 25 July 2012

¸.•❤•.Assalamualaikum•❤•.¸

Buat sahabat dan pembaca yang paling aku kasihi,
Nukilan ini datangnya ikhlas dari hati, maka baca dan hayatilah juga ia dengan hati. Percayakah andai dikatakan perubahan itu perlukan pengorbanan, dan apabila kita berusaha untuk berubah kepada kebaikan khususnya dalam mendalami agama kita sendiri, syaitan mula tidak diam duduk dan berusaha mencari akal untuk merosakkan hati kita. Andai tidak kita pelihara hati itu dari hasutan syaitan dan tenggelam dengan segala tipu helahnya pasti itu paling merugikan. Akhir-akhir ini, aku turut terasa seperti diuji dengan hati aku sendiri. 
Adakah aku bersalah dalam menetapkan keputusanku sehingga membuatkan kalian terpaksa bersangka baik? 
Bukan aku cuba mencari alasan untuk tidak turut serta, tapi itulah yang sebetulnya aku alami. 
Bukan aku tidak ingin turut serta dengan kalian, bahkan hati ini berat untuk bersama-sama sahabat semua, tapi khidmatku disini harus aku utamakan. Tambahan dengan beberapa perkara lain yang perlu diselesaikan dalam tempoh waktu tersebut, menambahkan kesulitan buat aku untuk turut serta.
  
Dalam Surah Al-Israk ayat 23-24, Allah berfirman yang maksud-Nya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. 
Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil. 

Ya!! Aku perlu bertanggungjawab terhadap itu semua, memang aku tidak dalam membayar dengan wang setiap titik susumu bonda, kasih sayangmu ayah, perhatian dan pengorbanan kalian berdua, kerana semua itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Tapi selagi aku mampu aku akan berbakti kepada kalian. "Ya Allah, permudahkanlah aku dalam segala urusan dalam mencari RedhaMu, kerana sesungguhnya keredhaanMu untukku terletak pada keredhaan kedua ibu bapaku". Tanggungjawab berbuat baik kepada mereka boleh dikatakan lebih penting daripada berjihad pada satu-satu ketika. Keutamaan berkhidmat kepada orang tua itu melebihi pahala berjihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah."  (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut itu lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga. Melainkanlah kalau ada ibu bapa yang tamakkan harta (macam dalam drama-drama Melayu). Apatah lagi kalau kita dapat mengurangkan beban mereka, pasti itu lebih menguntungkan bukan? Dan inilah yang aku sedang lakukan, meringankan beban mereka. Kedua ibu bapa aku sudah melebihi separuh abad, maka wajarlah bagi aku untuk membantu meringankan beban mereka. Setiap keluarga khususnya ibubapa kita pasti punya bebannya yang tersendiri, begitu juga kedua ibubapaku. Dan tidak aku nafikan, kalian juga punya ibubapa yang dipertanggungjawabkan keatas kalian, maka sudah pasti kalian mengerti apa yang aku alami bukan?  Maka ayuhlah kita sama-sama berkhidmat dengan berbuat baik untuk mereka selagi kita punya peluang. Jangan kita menyesal dikemudian hari, kerana asyik mengejar yang lain sehingga kita terlepas untuk bersama dengan mereka. Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Aku tidak mahu menjadi seperti itu, maka izinkanlah aku mengejar apa yang sudah ada dihadap mataku iaitu berkhidmat untuk mereka, bukan aku tidak ingin berpandangan jauh, menggapai awan dan menongkah arus bersama kalian, tapi aku takut aku bakal menjadi orang yang tamak dan akhirnya aku sendiri yang rugi.

Ya! Aku bukanlah orang yang bijak pandai menghurai dan berhujah mengenai hal agama, tapi itulah yang sering aku dengar tazkirah dari ustaz dan ustazah. Dan itulah yang terlahir dari hati aku.

Pernah juga aku diberitahu tentang hikmah kita berbakti kepada kedua Ibu Bapa :-
i. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa adalah lebih utama daripada keluar berjihad pada jalan Allah.
ii. Memberi Khidmat kepada kedua ibu bapa pahalanya adalah menyamai pahala orang yang mengerjakan haji, umrah dan jihad.
iii. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa akan meluaskan rezeki anak dan Allah akan melanjutkan usianya.
iv. Memandang kepada kedua ibu bapa dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang, pahalanya sama dengan orang yang mengerjakan haji.
v. Syurga yang kita impikan terletak dibawah telapak kaki ibu, dengan keredhoaan ibu barulah kita boleh menjejaki syurga Allah.
vi. Kegembiran dan kebahagian ibu bapa seiring dengan kegembiraan Allah, sedang kemarahan keduanya adalah seiring dengan kemurkaan Allah.
vii. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa adalah amalan yang paling mulia sekali diantara ibadah-ibadah yang lain.

Sekali lagi maaf beribu maaf aku pohon dari insan-insan yang aku kasihi. Dan andai diri ini salah, betulkanlah aku kerana aku bukanlah manusia yang sukar untuk menerima teguran. Jangan biarkan kesalahan dan kekhilafan aku yang lalu membuatkan dirimu menjauhi aku dan meninggalkan aku dengan kesalahan yang telah aku lakukan tanpa aku sedari untuk memperbetulkannya. Sungguh aku rindu pada kalian, dan pastinya aku mencintai kalian kerana Allah. 

Ramadhan Bulan Penuh Keberkatan

Sunday, 22 July 2012

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan keatas orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.”

Assalamualaikum..

Pejam celik dah puasa, hari ni dah masuk hari kedua umat islam menyambut kedatangan bulan Ramadhan 2012. Kadang-kadang selalu terfikir, apakah masih sempat lagi aku merasakan puasa pada tahun-tahun akan datang? Sesungguhnya aku amat mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna dan menjadi sesuatu kepuasan dalam beribadat kepada Allah Taala. Okaylah kat sini aku nak kongsi sedikit tentang Puasa. Petikan kat bawah ni adalah terbitan dari “Soutul Muttaqin” oleh Lajnah Penerbitan dan Penerangan Surau Al-Muttaqin Kolej Matrikulasi Pahang Batch 2010/2011 dulu, masih aku simpan lagi walaupun dah hampir 2 tahun.  Mari sama-sama kita baca, semoga dapat membantu kita meraih keikhlasan dan kepuasan dalam beribadat pada bulan yang mulia ini, InsyaAllah..

Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan fadhilat yang dinanti-nantikan telah kembali. Antara fadhilat Ramadhan ialah :-
1- Pintu syurga dibuka selebar-lebarnya sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
2- Terdapat malam yang lebih baik daripada seribu  bulan, iaitu malam al-Qadar.
3- Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4- Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang terlepas jika kita benar-benat bertaubat.
5- Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
6- Orang berpuasa akan mengecapi dua kali kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

Dalam bulan ini  juga, pahala dilipatgandakan. Jadi, untuk memaksimumkan pahala, perkara berikut perlu diamalkan:-
-Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari
-Bersahur diakhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana)
-Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
-Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
-Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka puasa.
-Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuknya waktu maghrib.
-Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikut sunnah Nabi Muhammad.
-Amat disunatkan untuk bersedekah harta bagi mempersiapkan juadah bebuka untuk orang ramai terutama orang miskin.
-Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah.

Rindu tarawih dengan sahabat di matrik dulu..


Aku Cemburu

Friday, 8 June 2012

¸.•❤•.Assalamualaikum.•❤•.¸

Gambar Hiasan


~✿~
Ya Allah,
Hati ini cemburu padanya.
Bukan kerana cantik wajahnya,
Tapi kerana keelokan peribadinya.

~✿~
Ya Allah,
Hati ini cemburu padanya,
Bukan kerana kaya hartanya,
Tapi kerana kaya budi pekertinya.

~✿~
Ya Allah,
Hati ini cemburu padanya,
Bukan kerana merdu suaranya,
Tapi kerana tinggi dan hikmah kata-katanya.

~✿~
Ya Allah,
Hati ini cemburu padanya,
Bukan kerana orang memperhatikannya,
Tapi kerana dia memperhatikan setiap masalah temannya.

~✿~
Ya Allah,
Hati ini cemburu padanya,
Bukan kerana banyak ibadat yang dikerjakannya,
Tapi kerana istoqamah dalam setiap ibadat yang dilakukannya.

~✿~
Ya Allah,

Hati ini benar-benar cemburu.
Bantulah aku untuk menjadi hambamu yang soleh.
Bantulah aku untuk menjadi hambamu yang ikhlas.
Permudahkanlah aku dalam memperbaiki diri untuk menjadi yang soleh dimataMu.

~✿~
Ya Allah,
Hati ini benar-benar cemburu,
Peliharalah hati yang cemburu ini dari terus mencemburuinya.
Tunjukilah aku jalan yang lurus menuju redhaMu.
Kurniakanlah aku Taufiq dan Hidayah-Mu.
Tetapkanlah hati aku dijalan-MU
Jangan Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah-Mu...

Amin Ya Rabb..

~✿~~✿~~✿~~✿~~✿~~✿~~✿~~✿~~✿~

Genap 20 Tahun

Tuesday, 5 June 2012

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
  بسم الله الرحمن الرحيم
عليكم السلام


Syukur Alhamdulillah, SEgala puji hanya buat Allah.
Hari ini 5 JUNE 2012 genap 20 tahun saya hidup atas muka bumi Allah SWT ini.
Terlalu cepat masa berlalu.
Apa-apa pun ucapan terima kasih buat bonda yang telah melahirkan diri ini, yang mendidik dengan penuh kasih sayang, tanpa ada sedikit pun kekurangan, 
yang setia berada disisi anaknya ini dalam keadaan dia berjaya atau gagal sekalipun.
Juga buatmu ayah atas kata-kata semangat tak pernah lekang dari bibir kalian.
Yang sentiasa sabar melayan karenah anaknya ini, walaupun hatinya sendiri pernah terguris dek kata serta kelakuan anaknya.
Ayah, Bonda..
Maafkan Anakmu, 
Andai diri ini masih belum sempurna menjadi anak yang dapat dibanggakan.
Anakmu ini belum cukup solehah untuk menarikmu kesyurga,
Tetapi ketahuilah bonda,
yang anakmu sedang berjuang untuk menjadi sesolehah yang mungkin..
Mohon doa darimu bonda, ayah..


Terima kasih Ya Allah,
untuk usia yang telah Engkau berikan. 

Terima kasih juga,
untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. 
Terima kasih,
untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih, 
untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. 
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku 
dan 
terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu. 


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, 
aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. 
Namun begitu besar kasihMu, 
Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.
Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq,
walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih. 



Ampunkan aku Ya Allah, 
pabila aku merintih nasibku di hadapanMu.
 Kalau bukan kepadaMu, 
kepada siapa lagi harus ku mengadu? 
Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini.

Ya Allah…
Namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. 
Adakalanya aku kurang kesabaran. 
Ada masanya aku goyah keimanan. 
Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan.
 Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan. 



Dalam usia begini, aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman.
 Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. 
Dalam usia meniti senja ini, aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.
Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi. 



Ya Muhaimin…
Pimpinlah tangan hambaMu ini…
Pimpinlah hati hambaMu ini…
Pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. 
Ya Al Quddus… 
Sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku…
Bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela. 



Ya Al Hakiim…
Berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya.
Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. 
Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi. 



Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. 
Engkaulah Ya Maha Besar… 
Peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu. 



Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill. 



Amin Ya Rabbul Alamin.
 

Copyright by © 2010 Nurain An-Nashwa
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah