Ana Muslimah


MASA ITU EMAS

Untukmu Adam

♥♥♥♥
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku,
sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
♥♥♥♥
♥♥♥♥
Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi..

Dan Ya Allah, Ya Tuhanku..
Yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan untukku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku.
Luputkan dia dari ingatanku..
Hilangkan dia dari pandanganku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah..
Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja yang meraih..
Agar bisa aku bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah yang telah patah..
Waulaupun tidak sama dengan dirinya,
aku memohon agar ia lebih baik darinya.

Ya Alah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, adalah yang terbaik untukku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku didunia dan diakhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Jaganlah Engkau biarkan aku sendiri didunia ini mahupun diakhirat kelak..
Janganlah Engkau menjuruskan aku kelembah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka,
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu,
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..

Amin Ya Rabbal Alamin...

Followers

24

Sunday, 5 June 2016

    Bismillahirrahmanirrahim
    Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya. Terima kasih buat mak dan abah, kerana melahirkan dan membesarkan anak-anakmu ini dengan penuh tabah. Mak Abah yang gigih mencari nafkah demi memberi kami adik beradik pendidikan, makan pakai dan pendidikan yang cukup. Kasih sayang Mak abah untuk kami tak ada bandingannya.
    Fitrah alam, kini Tahun 2015 telahpun meninggalkan kita dan menggantikannya dengan lembaran baru iaitu Tahun 2016. Dengan berganjaknya tahun sedarlah kita bahawa dunia semakin tua, dan kita juga turut semakin hampir dengan kematian. Kita masih diberi nyawa hari ini adalah kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk bertaubat, melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran di atas muka bumi ini.
    Ya Allah, jadikan kami hambaMu yang sentiasa mengingati mati. Berlalunya tirai 2015 pasti meninggalkan kenangan manis pahit masing-masing. Biarkan suka, duka, perit getir, dan ujian yang dilalui sebelum ini menjadi penguat buat kita untuk hadapi tahun baru yang mungkin lebih mencabar. Terlalu banyak cerita suka duka sepanjang tahun ini kalau nak dikongsikan. Tahun sebelumnya yang paling manis, yang mana aku diberi peluang oleh Allah SWT untuk merasa nikmat zuriat yang hadir didalam rahim ini. Terlalu indah perasaan tersebut sehingga kami menitiskan air mata kegembiraan saat mendapat berita kehamilan. Tapi Allah Maha Mengetahui, hanya seketika cuma. Dia pergi sebelum sempat melihat dunia. Kami redha dengan semua ketentuan Allah. Mungkin belum saatnya..
    Tahun ini genap usia ku menjangkau 24 tahun..  Dan hampir 2 tahun aku bergelar sebagai isteri kepada Mohd Hazwan Syafiq. Jodoh itu rahsia Allah. Semoga tahun 2016 ini memberikan kita azam baru untuk menjadi yang lebih baik. Buat diri sendiri, selamat berusaha menjadi anak yang membahagiakan ibu bapa, seorang kakak adik dan sahabat yang bermanfaat serta seorang isteri yang solehah. Semoga Allah juga memberikan mu kesempatan untuk bergelar ibu. Jangan pernah putus asa,


    Cameron Highland
    5 June 2016
    Hadiah birthday sementara tahun ni katanya.. 
    Semoga awak hidup lama kat bawah ni.. Tempat baru awak nanti tak sejuk macam kat cameron tau.. Ke nak duduk dalam aircond? hihi

 

Copyright by © 2010 Nurain An-Nashwa
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah