Ana Muslimah


MASA ITU EMAS

Untukmu Adam

♥♥♥♥
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku,
sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
♥♥♥♥
♥♥♥♥
Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi..

Dan Ya Allah, Ya Tuhanku..
Yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan untukku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku.
Luputkan dia dari ingatanku..
Hilangkan dia dari pandanganku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah..
Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja yang meraih..
Agar bisa aku bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah yang telah patah..
Waulaupun tidak sama dengan dirinya,
aku memohon agar ia lebih baik darinya.

Ya Alah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, adalah yang terbaik untukku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku didunia dan diakhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Jaganlah Engkau biarkan aku sendiri didunia ini mahupun diakhirat kelak..
Janganlah Engkau menjuruskan aku kelembah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka,
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu,
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..

Amin Ya Rabbal Alamin...

Followers

Muslimah Solehah Itu Berbeza

Friday, 27 July 2012

¸.•.Assalamualaikum.¸

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh rasa malu,
Membelek-belek tudung dan baju,
Bukan untuk cantik,
bukan bimbang dipandang tidak menarik ,
Tapi demi memastikan syari’at Allah dilaksana dengan baik,
Kepuasan diri bukan utama,
kepuasan Allah itu kerisauannya.

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Khidmat bakti dan cintanya untuk suami,
bukan kerana takutkan poligami,
bukan bimbang cinta tak bersemi,
Tapi semata patuh pada suruhan ILAHI,
Demi kasih dan cintanya kepada Nabi.

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Walau jauh dia berada,
walau setinggi mana jawatan digalasnya,
Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga,
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai sakinah dan mawaddah,
yakin hadirnya rahmah dan barakah,
Rumahtangga bahagia,
syurganya di dunia

Hikmah Berbakti Kepada Orang Tua

Wednesday, 25 July 2012

¸.•.Assalamualaikum.¸

Buat sahabat dan pembaca yang paling aku kasihi,
Nukilan ini datangnya ikhlas dari hati, maka baca dan hayatilah juga ia dengan hati. Percayakah andai dikatakan perubahan itu perlukan pengorbanan, dan apabila kita berusaha untuk berubah kepada kebaikan khususnya dalam mendalami agama kita sendiri, syaitan mula tidak diam duduk dan berusaha mencari akal untuk merosakkan hati kita. Andai tidak kita pelihara hati itu dari hasutan syaitan dan tenggelam dengan segala tipu helahnya pasti itu paling merugikan. Akhir-akhir ini, aku turut terasa seperti diuji dengan hati aku sendiri. 
Adakah aku bersalah dalam menetapkan keputusanku sehingga membuatkan kalian terpaksa bersangka baik? 
Bukan aku cuba mencari alasan untuk tidak turut serta, tapi itulah yang sebetulnya aku alami. 
Bukan aku tidak ingin turut serta dengan kalian, bahkan hati ini berat untuk bersama-sama sahabat semua, tapi khidmatku disini harus aku utamakan. Tambahan dengan beberapa perkara lain yang perlu diselesaikan dalam tempoh waktu tersebut, menambahkan kesulitan buat aku untuk turut serta.
  
Dalam Surah Al-Israk ayat 23-24, Allah berfirman yang maksud-Nya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. 
Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil. 

Ya!! Aku perlu bertanggungjawab terhadap itu semua, memang aku tidak dalam membayar dengan wang setiap titik susumu bonda, kasih sayangmu ayah, perhatian dan pengorbanan kalian berdua, kerana semua itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Tapi selagi aku mampu aku akan berbakti kepada kalian. "Ya Allah, permudahkanlah aku dalam segala urusan dalam mencari RedhaMu, kerana sesungguhnya keredhaanMu untukku terletak pada keredhaan kedua ibu bapaku". Tanggungjawab berbuat baik kepada mereka boleh dikatakan lebih penting daripada berjihad pada satu-satu ketika. Keutamaan berkhidmat kepada orang tua itu melebihi pahala berjihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah."  (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut itu lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga. Melainkanlah kalau ada ibu bapa yang tamakkan harta (macam dalam drama-drama Melayu). Apatah lagi kalau kita dapat mengurangkan beban mereka, pasti itu lebih menguntungkan bukan? Dan inilah yang aku sedang lakukan, meringankan beban mereka. Kedua ibu bapa aku sudah melebihi separuh abad, maka wajarlah bagi aku untuk membantu meringankan beban mereka. Setiap keluarga khususnya ibubapa kita pasti punya bebannya yang tersendiri, begitu juga kedua ibubapaku. Dan tidak aku nafikan, kalian juga punya ibubapa yang dipertanggungjawabkan keatas kalian, maka sudah pasti kalian mengerti apa yang aku alami bukan?  Maka ayuhlah kita sama-sama berkhidmat dengan berbuat baik untuk mereka selagi kita punya peluang. Jangan kita menyesal dikemudian hari, kerana asyik mengejar yang lain sehingga kita terlepas untuk bersama dengan mereka. Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Aku tidak mahu menjadi seperti itu, maka izinkanlah aku mengejar apa yang sudah ada dihadap mataku iaitu berkhidmat untuk mereka, bukan aku tidak ingin berpandangan jauh, menggapai awan dan menongkah arus bersama kalian, tapi aku takut aku bakal menjadi orang yang tamak dan akhirnya aku sendiri yang rugi.

Ya! Aku bukanlah orang yang bijak pandai menghurai dan berhujah mengenai hal agama, tapi itulah yang sering aku dengar tazkirah dari ustaz dan ustazah. Dan itulah yang terlahir dari hati aku.

Pernah juga aku diberitahu tentang hikmah kita berbakti kepada kedua Ibu Bapa :-
i. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa adalah lebih utama daripada keluar berjihad pada jalan Allah.
ii. Memberi Khidmat kepada kedua ibu bapa pahalanya adalah menyamai pahala orang yang mengerjakan haji, umrah dan jihad.
iii. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa akan meluaskan rezeki anak dan Allah akan melanjutkan usianya.
iv. Memandang kepada kedua ibu bapa dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang, pahalanya sama dengan orang yang mengerjakan haji.
v. Syurga yang kita impikan terletak dibawah telapak kaki ibu, dengan keredhoaan ibu barulah kita boleh menjejaki syurga Allah.
vi. Kegembiran dan kebahagian ibu bapa seiring dengan kegembiraan Allah, sedang kemarahan keduanya adalah seiring dengan kemurkaan Allah.
vii. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa adalah amalan yang paling mulia sekali diantara ibadah-ibadah yang lain.

Sekali lagi maaf beribu maaf aku pohon dari insan-insan yang aku kasihi. Dan andai diri ini salah, betulkanlah aku kerana aku bukanlah manusia yang sukar untuk menerima teguran. Jangan biarkan kesalahan dan kekhilafan aku yang lalu membuatkan dirimu menjauhi aku dan meninggalkan aku dengan kesalahan yang telah aku lakukan tanpa aku sedari untuk memperbetulkannya. Sungguh aku rindu pada kalian, dan pastinya aku mencintai kalian kerana Allah. 

Ramadhan Bulan Penuh Keberkatan

Sunday, 22 July 2012

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan keatas orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.”

Assalamualaikum..

Pejam celik dah puasa, hari ni dah masuk hari kedua umat islam menyambut kedatangan bulan Ramadhan 2012. Kadang-kadang selalu terfikir, apakah masih sempat lagi aku merasakan puasa pada tahun-tahun akan datang? Sesungguhnya aku amat mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna dan menjadi sesuatu kepuasan dalam beribadat kepada Allah Taala. Okaylah kat sini aku nak kongsi sedikit tentang Puasa. Petikan kat bawah ni adalah terbitan dari “Soutul Muttaqin” oleh Lajnah Penerbitan dan Penerangan Surau Al-Muttaqin Kolej Matrikulasi Pahang Batch 2010/2011 dulu, masih aku simpan lagi walaupun dah hampir 2 tahun.  Mari sama-sama kita baca, semoga dapat membantu kita meraih keikhlasan dan kepuasan dalam beribadat pada bulan yang mulia ini, InsyaAllah..

Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan fadhilat yang dinanti-nantikan telah kembali. Antara fadhilat Ramadhan ialah :-
1- Pintu syurga dibuka selebar-lebarnya sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
2- Terdapat malam yang lebih baik daripada seribu  bulan, iaitu malam al-Qadar.
3- Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4- Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang terlepas jika kita benar-benat bertaubat.
5- Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
6- Orang berpuasa akan mengecapi dua kali kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

Dalam bulan ini  juga, pahala dilipatgandakan. Jadi, untuk memaksimumkan pahala, perkara berikut perlu diamalkan:-
-Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari
-Bersahur diakhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana)
-Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
-Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
-Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka puasa.
-Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuknya waktu maghrib.
-Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikut sunnah Nabi Muhammad.
-Amat disunatkan untuk bersedekah harta bagi mempersiapkan juadah bebuka untuk orang ramai terutama orang miskin.
-Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah.

Rindu tarawih dengan sahabat di matrik dulu..


Biografi Agung Rasulullah SAW

Wednesday, 4 July 2012

PART 1

¸.•.Assalamualaikum..¸
 Lamanya aku meninggalkan blog ini tanpa sebarang berita. 
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah dengan segala limpah kurnianya. Dalam hampir sebulan bercuti ini, masa banyak dihabiskan dengan membaca sahaja.

Antara buku untuk bacaan cuti ini:-
1. Biografi Agung Rasulullah SAW by Rusydi Ramli Al-Jauhari.
2. Mengapa Rasulullah Tidah Pernah Sakit by Dr. Adi Hashman
3. Sebarkan Cinta-Mu by Fatimah Syarha Mohd Noordin 
4. Tautan Hati by Fatimah Syarha Mohd Noordin
5. Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu by Fatimah Syarha Mohd Noordin & Dr. Farhan Hadi.

Walaupun masa banyak terluang itu yang diatas, 
tapi masih merasakan kekurangan dalam menghayati nikmat cuti ni..
Kerana tak berpeluang nak tolong bonda menjahit baju tempahan raya, 
juga masih tak diberi kesempatan untuk membantu bonda memasak didapur, 
dan sebagainya. 
Harap selepas semua urusanku selesai di negeri orang ini, aku masih diberikan kesempatan untuk melakukan semua itu.
Amin..

Baru-baru ini, dapat hadiah dari seseorang yang dirahsiakan identitinya.
Judul Buku persis Tajuk entry kali ini.
By : Rusydi Ramli Al-Jauhari.

Sebagai permulaannya, jom kita kenali siapa dia Muhammad SAW.

KETURUNAN

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib (Syaibatul Hamd) bin Hashim (Amru) bin Abdul Manaf (Al-Mughirah) bin Qusai (Zaid) bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al-Nadhar (Qais) bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah ('Aamir') bin Ilias bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.
Seperti yang kita semua tahu nasab keturunan Baginda sampai kepada Nabi Ibrahim AS melalui Nabi Ismail AS (Bapa Arab) namun yang ittifak melalui persetujuan para ulama adalah sehingga Adnan, kerana selepas Adnan menjadi khilaf atau perselisihan pada perawinya. Namun menjadi kesepakatan ulama bahawa diketahui Adnan itu adalah dari Nabi Ismail AS sebagaimana yang disebutkan dalam kitab Zadul Ma'ad. 
~~To Be Continue~~
...

 

Copyright by © 2010 Nurain An-Nashwa
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah