Ana Muslimah


MASA ITU EMAS


Untukmu Adam

♥♥♥♥
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku,
sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
♥♥♥♥
♥♥♥♥
Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi..

Dan Ya Allah, Ya Tuhanku..
Yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan untukku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku.
Luputkan dia dari ingatanku..
Hilangkan dia dari pandanganku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah..
Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja yang meraih..
Agar bisa aku bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah yang telah patah..
Waulaupun tidak sama dengan dirinya,
aku memohon agar ia lebih baik darinya.

Ya Alah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, adalah yang terbaik untukku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku didunia dan diakhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Jaganlah Engkau biarkan aku sendiri didunia ini mahupun diakhirat kelak..
Janganlah Engkau menjuruskan aku kelembah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka,
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu,
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..

Amin Ya Rabbal Alamin...

Followers

7 Golongan Mulia

Sunday 29 April 2012


أعوذ باللهمن الشيطان الرجيم
  بسم الله الرحمن الرحيم
عليكم السلام

Lama betul tak update blog, terasa rindu sangat nak menulis kat sini. 
Dalam beberapa hari lepas, banyak benda yang jadi. Terlalu sibuk dengan dunia menuntut ilmu. Sibuk siapkan slide untuk presentation, assignment. 
Sampai tak ada masa langsung untuk berblog. Tapi alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar, dan selamat disiapkan tepat pada waktunya.

Hujung minggu baru ni balik rumah, jenguk mak dan abah. Alhamdulillah semua sihat. Semalam, saya sempat juga berkunjung ke kedai buku dekat kampung, banyak dah buku-buku yang bagus-bagus. 
Sebelum ni, nak cari kedai buku pun susah, patah lagi bukunya. Sampai kena keluar bandar baru dapat buku untuk di buat santapan rohani. 
Tapi sekarang dah tak perlu pergi jauh-jauh, 5 minit dah sampai. 
Nak tahu tak buku apa? Ada tiga buah buku yang mendapat perhatian saya :

1. GenQ isu No.9
2. Novel Aku Bukan Maria karya Ibnu Ahmad Al-Kurauwi
3. 100 Pesanan Terakhir Rasulullah karya Muhd nasruddin Dasuki

Kesemua buku diatas berharga RM42.00 after 10% diskaun. Berbaloi kan?!!
(Untuk Image, ada di bahagian sidebar)

Tapi saya baru sempat baca buku GenQ aje, yang lain belum lagi. Nanti bila saya dah habis baca kita share ilmu okay.

Tapi disyorkan, pembaca semua beli untuk bacaan sendiri, lagi berbaloi-baloi. ^_^

*********************************************************************************

Sedikit sharing knowledge untuk malam ini ialah pasal :-

7 Golongan Mulia 


Gambar Hiasan

Abu Huraira r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : 

"Ada tujuh golongan yang akan Allah naungi di bawah 'Arasy-Nya pada hari yang tidak ada tempat bernaung, kecuali naungan-Nya, iaitu" :

1. Pemimpin yang adil. Tiada dipeduli pemimpin yang zalim dan yang suka mengaut untuk peribadinya.

2. Pemuda yang giat beribadah kepada Allah. Tiada dipeduli pemuda yang malas dan leka.

3. Orang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi sampai air matanya mengalir kerana rasa takutnya kepada Allah.

4. Orang yang hatinya selalu terkait dengan masjid saat mereka keluar sampai kembali lagi masuk ke masjid.

5. Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga orang lain yang ada di kanan dan kirinya tidak mengetahui.

6. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah maka mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah Taala.

7. Lelaki yang diajak membuat cemar oleh wanita cantik, tetapi dia menolaknya dengan berkata : "Sesungguhnya aku takut kepada Allah"

Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut..
Dan juga, semoga Allah mempermudahkan jalan kita menuju redhaNya.
~Amin Ya Rabb~



Kejar Khusyuk Solat

Monday 23 April 2012

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
  بسم الله الرحمن الرحيم
عليكم السلام

Kenapa perlu kita solat?

Gambar Hiasan

Nampak soalan macam bodoh je kan? Tapi, pernah tak kita sendiri fikir, soalan itulah yang menentukan kita seorang hamba Allah yang memahami agama-Nya, atau hanya nama sahaja Islam, tapi tak tahu apa-apa. Jadi mari kita sama-sama belajar untuk berubah menjadi mukmin sejati dengan memahami Islam yang sebenarnya.

 Pertama-tamanya, sudah tentu kita solat adalah kerana Allah, Lillahi Taala. Dengan bersolat juga kita sebenarnya sedang berhubung dengan Allah SWT, kerana Dialah tempat selayaknya kita melepaskan kedukaan, memohon pertolongan dan juga memohon perlindungan. Untuk itu, kita perlulah mendirikan solat dengan bersungguh-sungguh seolah-olah solat itu adalah solat yang terakhir buat kita. 

Keduanya, solat dikerjakan bagi memberi peluang untuk kita menggandakan pahala dan seterusnya membantu kita untuk menghapuskan segala dosa kita yang lepas, InsyaAllah.
Jangan kerana dosa silam, kita merasa diri tidak layak untuk berdepan dengan Allah. Sebaliknya kita harus memperbaiki diri khususnya solat untuk kita persembahkan kepada Tuhan di akhirat kelak. 
Kalau kita lihat zaman jahiliyyah, mereka melakukan dosa yang lagi besar. Tetapi selepas memeluk Islam, Allah tidak lagi mempertikai dosa-dosa mereka yang lalu.
Seharusnya kita perlu bersyukur kerana kita telah diberikan nikmat yang sangat besar oleh Allah, yakni nikmat  Islam, dan nikmat iman. Alhamdulillah.

Kalau nak di tulis sangat banyak reason kenapa kita perlu solat, dapat membentuk mukmin yang sihat dan kuat, dapat memberi kekuatan keupayaan mental dan kekuatan dalaman yang tinggi, juga dapat membentuk kemantapan rohani dalam diri.

Tapi..
Apa yang dapat dilihat sekarang, mungkin ada diantara kita yang solat tapi masih kurang dalam solatnya. Jangan hanya merasakan kita sudah menjalankan tanggungjawab kita dengan menunaikan kelima-lima solat fardu menjadikan kita seorang yang hebat, kerana untuk mencapai mukmin yang hebat perlu mantap solatnya. Khusyuk ketika mengerjakannya, bukan sekadar melepaskan batok ditangga. 

Sempurnakan solat dalam keadaan apa sekalipun, seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 239 yang bermaksud, "Apabila kamu dalam keadaan takut (bahaya), solatlah sambil berjalan ataupun berkenderaaan. Kemudian apabila kamu aman, sebutlah Allah (solatlah), sebagaimana Allah mengajar kepada kamu apa yang belum kamu ketahui".

Tapi apa pula itu erti khusyuk?

Adakah sebenarnya kita benar-benar tahu apa itu khusyuk, dan macam mana nak dapat tahap kekhusyukan dalam solat. Dalam Surah Al-Baqarah Ayat 45 yang bermaksud "Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk". Dan Ayat 46 menjelaskan lagi makna khusyuk dalam Ayat 45 tadi. "(Khusyuk) itu mereka yang percaya dengan Yakin meraka pasti menemui Tuhan mereka, dan mereka pasti kembali kepada-Nya".

Allah juga memerintahkan kaum Muslimin untuk mennunaikan solat dengan khusyuk melalui penjelasannya dalam juga dalam surah Al-Baqarah Ayat 238 yang bermaksud, "Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk".

Khusyuk perlu beserta dengan keyakinan, iaitu meraka yang beriman kepada Allah meyakini adanya hari akhirat. Ia adalah negeri abadi yang pasti nya rerjadi. Tetapi keyakinan itu tidak dimiliki orang kafir. Sebenarnya, dengan berbekalkan keyakinan itulah kita dapat beramal soleh khususnya solat dengan bersungguh-sungguh. Ia ditunaikan dengan rasa rendah hati, dan diiringi pula dengan penghayatan, penjiwaan dan tafakur yang mendalam. Demikianlah erti khusyuk dapat di takrifkan. 

Terlalu banyak cara sebenarnya untuk mendapatkan khusyuk dalam solat, antara yang di gariskan para ulama :-
1. Memahami bacaan dalam solat, dan kemudian menghayati maknanya hinga memberikan kesan keatas diri kita. Cara ini dapat MEMBANTU menghadirkan kekhusyukkan, InsyaAllah jika kita berusaha untuk kearah itu.
2. Mengingatkan diri solat yang dilakukan berkemungkinan adalah solat yang terakhir, seperti sabda Nabi SAW, " Apabila engkau mengerjakan solat, maka kerjakanlah solat orang yang akan berpisah (mati)". Dengan ini kita akan lebih khusyuk ketika menghadap Allah.
3. Semasa bersolat, tanamkan kesedaran supaya sentiasa mengingati Allah. Apabila terlupa, atau memikirkan hal dunia, maka bersegeralah mengingatikan diri sendiri sehingga benar-benar khusyuk dalam solat.

Terlalu banyak petua bersolat dengan khusyuk, disini saya ingin berkongsi satu buku yang saya baca yang menghuraikan tentang khusyuk solat. Berjudul "Rahsia Air Mata Khusyuk", menyingkap rahsia agung kemanisan iman yang diserlahkan melalui samudera air mata khusyuk.. Tulisan Muhammad Hasan Al-Basri. 

Pesanan buat diri sendiri dan para sahabat sekalian, agar tetap terus berusaha mendapat redha Allah. Terus berusaha mencari ketenangan jiwa yang hakiki, iaitu ketenangan yang mendamaikan pabila kita ikhlas melakukan sesuatu kebaikan Lillahi Taala (kerana Allah Taala).

Saya yakin, semua diantara kita pasti punya masalah tersendiri. Tetapi ketenangan jiwa yang diperolehi mereka-mereka melalui solat yang khusyuk, membuatkan hidup mereka sentiasa damai dan lancar, dan segala ujian dan masalh dalam hidup mereka bagaikan suatu kemanisan dalam kehidupan. Jika kita merasakan hubungan kita dengan Tuhan seperti ada yang tidak kena, maka cepat-cepat kita beristighfar dan berusaha mencari mana silap kita, dan perbaiki agar kita tidak terus jauh dari Allah. Semoga kita sama-sama beroleh kemanisan dalam kehidupan dengan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah..
Amin, InsyaAllah.


Ya Rasulullah

Sunday 22 April 2012


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم




Tiada yang lebih hebat yang pernah dicipta Tuhan melainkan dirimu, Ya Rasulullah.
Sehinggakan ribuan malah jutaan mailaikat berselawat keatasmu,
Bulan, bintang, matahari dan pohon-pohon mendoakanmu..

Tiada yang lebih indah yang dicipta Tuhan melainkan dirimu, Ya Rasulullah.
Alif hidungmu, nun alis matamu, dan mim bibirmu,
Jika Nabi Yusuf mendapat separuh ketampanan tetapi kau memiliki ketampanan yang sempurna..

Tiada kasih yang setulus kasihmu buat seluruh umatmu, Ya Rasulullah.
Perkataan ummati3 meniti dibibir dikala kau berdepan dengan sakaratul maut.

Tiada yang lebih sempurna melainkan dirimu, Ya Rasulullah.
Yang mengingati Allah pada setiap waktumu.

Apakah bisa aku bersamamu, Ya Rasulullah?
Apakah layak aku mendapatkan syawaatmu kelak, Ya Rasulullah?
Apa yang aku inginkan hanyalah bersamamu, Ya Rasulullah.


Sesungguhnya aku hanya bisa berterima kasih diatas sujud panjangmu, air mata syahdumu, dan sedu sedanmu mengkhawatirkan nasib kami ummatmu, Ya Rasulullah.

Dari Adam Buat Hawa

Saturday 21 April 2012

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم





Ratuku
Inginku luahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan
Tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan ganas
lagi bernafsu serakah

Ratuku
Kebimbanganku ini masih menebal
Bila kudengar dengungan kumbang-kumbang perosak 
Yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu

Ratuku
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila aku melihat bunga yang tak segan silu melampiskan kecantikannya ketika sedang mekar melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya
 
Ratuku
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
Kerana apa yang aku lihat hari ini
semakin banyak bunga-bunga gugur
bagaikan tibanya musim luruh

Ratuku
Bukanlah aku harap kau segigih Siti Hawa
Yang berlari-lari antara safa dan marwah
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah
menanti kekasih di pintu syurga

Ratuku
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah
Mahupun Siti Fatimah, engkau bukan Aishah
Bukan juga Rabiatul Adawiyyah
Wanita suci terpuji
Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa, 
cukuplah sekadar engkau cuba mencontohi bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga

Jangan kau risau Ratuku
Kadangkala musim berganti
sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
Tapi itu hanyalah ujian buatmu

Ratuku
 Esok musim bunga akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar
memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu
merosakkan serimu

Kerana..
Kau ratu idaman kalbu

Ratuku
Aku bukanlah memandang kecantikanmu,
 Walaupun kadang kala aku tertarik memandangnya
Tapi bukan itu yang kuharapkan
Aku yakin ratuku, masih ada sinar harapan
Yang bisa  membuatku tersenyum lega
kerana akan ku temui ratu yang benar-benar ratu..


Ikhlas dari Adam..

Dari Hawa Buat Adam

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم



Gambar Hiasan

Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. 
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adam....
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. 
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... 
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. 
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
 kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil,
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. 
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah,
 yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu, tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. 
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. 
Tapi... 
Aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. 
Namun, terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. 
Kau diberi amanah untuk mendidik aku, 
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku,
agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.


Tapi Adam....
Nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. 
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. 
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. 
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.


Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? 
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. 
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. 
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. 
Padahal, kau duduk saja. 

Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. 
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. 
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? 
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!



Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini


Adam...
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?


Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.


Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu  Adam, 
pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, 
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.


Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, 
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. 
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, 
masih segan mengikut langkah para sahabat, 
masih gentar mencegah mungkar,
 maka kita tunggu dan lihatlah, 
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.

 Malulah engkau  Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...


Maafkan aku sekali lagi  Adam...  
seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... 
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....


Tetapi... 
Percayalah!!!.... 
Bukan emas kucari, bukan berlian yg kupinta, tetapi... 
Hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...


Dengarkanlah keluhan hatiku buat dirimu.....



Ikhlas dari Hawa

Lelaki dan Perempuan

Friday 20 April 2012


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar Hiasan


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan, sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Anak dara tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan untuk menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak boleh melupakannya.



10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.


18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

22. Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

23. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

24. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

25. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki, tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

26. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.


27. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.


28. Wanita pada umumnya takut akan munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

29. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

30. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Adam

Thursday 19 April 2012


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم




Jika Kau Mencintaiku

Gambar Hiasan

Adam..


Jika kau mencintaiku kerana kecantikanku menyejukkan setiap kali kau memandangnya,

kemudian aku bertanya saat kecantikan itu memudar ditempuh usia,

seberapa pudarkah kelak cintamu padaku ?

Jika kau mencintaiku kerana sifatku yang ceria menjadi semangat didalam hatimu,

kemudian aku bertanya bila keceriaan itu kelam dirundung duka, 

seberapa muram cintamu kan ada?

Jika kau mencintaiku kerana ramah hatiku memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu, 

kemudian aku bertanya kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka,

seberapa mampu cintamu memendam wasangka? 


Jika kau mencintaiku kerana cerdasnya diriku membuatmu yakin pada keputusanmu, 

kemudian aku bertanya ketika kecerdasan itu berangsur hilang menua, 

seberapa bijak cintamu tuk tetap mengharapkanku? 


Jika kau mencintaiku kerana kemandirian yang kumiliki menyematkan rasa bangga, 

kemudian aku bertanya bila aku pula memerlukan pertolongan,

seberapa kerap pertolonganmu dihulurkan padaku? 

Jika kau mencintaiku kerana rasa manjaku dengan ibu bapaku,

kemudian aku bertanya kiranya manjaku tiba-tiba menyeruak,

seberapa hebat cintamu tuk tetap bersamaku? 


Jika kau mencintaiku kerana sikap tegarku menambat rasa kagum pada kukuhnya pertahananmu 

kemudian aku bertanya andai ketegaran itu rapuh diterpa badai,

seberapa kuat cintamu bertahan untukku?


Jika kau mencintaiku karena pengertian yang kuberikan menumbuhkan ketenangan padamu,

kemudian aku bertanya kelak pengertian itu tertelan oleh ego sesaat, 

seberapa kau mampu mengerti cinta ini?


Jika kau mencintaiku kerana kesabaranku menambahkan rasa cinta dalam mengenaliku, 

kemudian aku bertanya andai kesabaran itu mencapai batas membendung kesalahanku, 

seberapa besar cintamu mampu memaafkan aku? 


Jika kau mencintaiku kerana keteguhan imanku bagai sinar yang benderang mengantarkan cahaya, 

kemudian aku bertanya kala iman itu jatuh menurun, 

seberapa berkurang akhirnya cintamu padaku?


Jika kau mencintaiku kerana kau memilih aku sebagai cinta yang akan kau pegang sepanjang hayat, 

kemudian aku bertanya andai hati ini tergoncang, 

seberapa mantap cintamu ini tuk tetap setia? 


Andai sejuta alasan tak cukup untuk membuat cinta ini tetap bersama diriku 

maka biar kupinta satu alasan tuk menjaga cinta ini. 

Aku ingin kau mencintai kerana ALLAH, kerana Dia kan selalu ada tuk menjaganya,

maka dengan itu, cintaku kan tetap utuh dan setia hingga kelak, 

ku tak mampu lagi mencintaimu kerana cintaku berpulang pada-Nya.

Untuk engkau yang aku harap menjadi qawwamku, 

kata yang ingin kuucap, kupegang dan kupertahankan,

setelah walimatul ursy’ Aku ingin kau mencintaiku kerana ALLAH, 

dengan segala kekurangan dan kelemahanku.
dan menerima seadanya aku.




☜❤☞ •sEbaGai ManUsiA sAyA sAyAnG aNdA• ☜❤☞

Peliharalah Auratmu

Wednesday 18 April 2012

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah sebuah kisah perbualan diantara seorang pemuda alim dengan seorang remaja perempuan yang tidak menutuo aurat. Satu cerita yang agak menarik tentang persepsi dan reaksi kepada wanita yang bertudung dengan wanita yang tidak bertudung. Sekadar untuk renungan dan panduan utuk kita bersama.



 











































Firman Allah SWT maksudnya : "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik." (Surah al-nahl, ayat 125)


 

Copyright by © 2010 Nurain An-Nashwa
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah