Ana Muslimah


MASA ITU EMAS


Untukmu Adam

♥♥♥♥
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku,
sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
♥♥♥♥
♥♥♥♥
Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi..

Dan Ya Allah, Ya Tuhanku..
Yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan untukku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku.
Luputkan dia dari ingatanku..
Hilangkan dia dari pandanganku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah..
Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja yang meraih..
Agar bisa aku bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah yang telah patah..
Waulaupun tidak sama dengan dirinya,
aku memohon agar ia lebih baik darinya.

Ya Alah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, adalah yang terbaik untukku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku didunia dan diakhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Jaganlah Engkau biarkan aku sendiri didunia ini mahupun diakhirat kelak..
Janganlah Engkau menjuruskan aku kelembah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka,
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu,
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..

Amin Ya Rabbal Alamin...

Followers

Showing posts with label Adam. Show all posts
Showing posts with label Adam. Show all posts

Jom Berubah~

Sunday, 10 June 2012

¸.•❤•.Assalamualaikum.•❤•.¸


~✿Dunia harini semakin tenggelam dengan harus permodenanan yang berpaksikan Barat,
~✿Anak-anak muda yang tiada sedikit pun nilai Islam dalam diri  mereka,
~✿Islam bukan hanya pada nama atau pakaianmu.
~✿Islam itu menyeluruh,
~✿ Mecakupi semua aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi,
~✿  Dari sekecil-kecil perkara, 
~✿ Sehingga sebesar-besar perkara,
~✿ Dengan berpandu dan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah,
~✿ Nescaya umatmu Muhammad tidak akan terpesong dan terbabas dari landasan Islam.

~✿ Wanita..
~✿ Kamu merupakan kaum yang lemah,
~✿ Bilanganmu juga melebihi daripada bilangan lelaki,
 ~✿ Kamu perlu dibimbing,

~✿ Jadi..
~✿ Sudah menjadi tanggungjawab kaum lelaki untuk menjadi pembimbing mereka,
~✿ Menjadi imam dan khalifah,
~✿ Tetapi,
~✿ Bila dilihat Adam, dari kaum kalianlah yang menjadi perosak,
~✿ Kaum kalianlah yang mengetuai Kongsi Gelap,
~✿ Sindiket Pengedar Dadah,
~✿ Perdagangan Orang,
~✿ Perogol, Peragut.
 
~✿ Andai semua kaum kalian sudah rosak,
~✿ Bagaimana kaum sesudah kalian?
~
✿ Siapa yang bakal menimamkan kaum wanita?~✿ Tidak pernahkah persoalan sebegini timbul dibenak kalian?
~✿ Hanya satu kupohon dari kaummu,
~✿ Sentiasalah kalian berusaha untuk mencegah kemungkaran,
~✿ Dan mengajak kepada kebaikan.
~✿ Andai itu terlalu berat buatmu,
~✿ Cukuplah sekadar engkau menjauhi perkara itu.
~✿ Dan
~✿ Tetap terus berusaha memperbaiki diri
~✿ Untuk menjadi sesoleh mungkin.
~✿ Bukan niatku menunding jari kepada kaummu.

~✿ Kerana..
~✿ Kaumku juga turut melakukan hal yang sama,
~✿ Tapi mereka itu fitrahnya lemah,
~✿ Kami memiliki 9 nafsu 1 akal,
~✿ Tetapi kaummu memiliki 1 nafsu 9 akal,
~✿ Alangkah baiknya 9 akalmu itu digunakan kearah kebaikan
~✿ Nescaya amanlah dunia.

~✿ Akhir kata,
~✿ Maafkan aku atas tulisan dan nukilan hati ini andai ada yang menguris hati kalian.
~✿ Semoga kita sama-sama memperbaiki diri
~✿ Menjadi individu Muslim yang sentiasa memuhasabah diri.

~✿ InsyaAllah ✿~


Lelaki dan Perempuan

Friday, 20 April 2012


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar Hiasan


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan, sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Anak dara tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan untuk menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak boleh melupakannya.



10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.


18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

22. Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

23. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

24. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

25. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki, tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

26. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.


27. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.


28. Wanita pada umumnya takut akan munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

29. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

30. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
 

Copyright by © 2010 Nurain An-Nashwa
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah