Ana Muslimah


MASA ITU EMAS

Untukmu Adam

♥♥♥♥
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku,
sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
♥♥♥♥
♥♥♥♥
Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi..

Dan Ya Allah, Ya Tuhanku..
Yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan untukku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku.
Luputkan dia dari ingatanku..
Hilangkan dia dari pandanganku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah..
Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja yang meraih..
Agar bisa aku bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah yang telah patah..
Waulaupun tidak sama dengan dirinya,
aku memohon agar ia lebih baik darinya.

Ya Alah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, adalah yang terbaik untukku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku didunia dan diakhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Jaganlah Engkau biarkan aku sendiri didunia ini mahupun diakhirat kelak..
Janganlah Engkau menjuruskan aku kelembah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka,
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu,
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..

Amin Ya Rabbal Alamin...

Followers

Something From Someone

Friday, 17 May 2013

Assalamualaikum.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan besamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ya Allah,
Buat aku pendosa, moga dengan kesakitan, tekanan, segala macam dugaan yang aku lalui kini menjadi terapi untuk menggugurkan dosa, kesalahan, dan noda hitam dalam diri ini.
Jika semua ini dapat mendekatkan lagi aku kepadaMu Ya Khaliq, 
Aku Redha ..

Terima Kasih Buat Sarah Omar yang dichentai atas hadiah ni..


Antara buku yang dipinjamkan kepada saya..

Nanti dah habis baca kena pulang semula..
So habiskan cepat yer Ain.
Maaf tak dapat nak share isi buku-buku ni, sebab tak start baca lagi.

Pesanan buat diri sendiri dan sahabat diluar sana, terapkan amalan membaca dalam diri..
Tingkat thaqofah dengan membaca.

Jangan kita sangka jasmani je yang perlukan makan..
Ingat juga, bahawa rohani kita sangat-sangat memerlukan makanan yang sebegini rupa..





0 comments:

Post a Comment

 

Copyright by © 2010 Nurain An-Nashwa
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah