Ana Muslimah


MASA ITU EMAS


Untukmu Adam

♥♥♥♥
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku,
sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
♥♥♥♥
♥♥♥♥
Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi..

Dan Ya Allah, Ya Tuhanku..
Yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan untukku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku.
Luputkan dia dari ingatanku..
Hilangkan dia dari pandanganku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah..
Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja yang meraih..
Agar bisa aku bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah yang telah patah..
Waulaupun tidak sama dengan dirinya,
aku memohon agar ia lebih baik darinya.

Ya Alah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, adalah yang terbaik untukku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku didunia dan diakhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Jaganlah Engkau biarkan aku sendiri didunia ini mahupun diakhirat kelak..
Janganlah Engkau menjuruskan aku kelembah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka,
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu,
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..

Amin Ya Rabbal Alamin...

Followers

Kejar Khusyuk Solat

Monday 23 April 2012

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
  بسم الله الرحمن الرحيم
عليكم السلام

Kenapa perlu kita solat?

Gambar Hiasan

Nampak soalan macam bodoh je kan? Tapi, pernah tak kita sendiri fikir, soalan itulah yang menentukan kita seorang hamba Allah yang memahami agama-Nya, atau hanya nama sahaja Islam, tapi tak tahu apa-apa. Jadi mari kita sama-sama belajar untuk berubah menjadi mukmin sejati dengan memahami Islam yang sebenarnya.

 Pertama-tamanya, sudah tentu kita solat adalah kerana Allah, Lillahi Taala. Dengan bersolat juga kita sebenarnya sedang berhubung dengan Allah SWT, kerana Dialah tempat selayaknya kita melepaskan kedukaan, memohon pertolongan dan juga memohon perlindungan. Untuk itu, kita perlulah mendirikan solat dengan bersungguh-sungguh seolah-olah solat itu adalah solat yang terakhir buat kita. 

Keduanya, solat dikerjakan bagi memberi peluang untuk kita menggandakan pahala dan seterusnya membantu kita untuk menghapuskan segala dosa kita yang lepas, InsyaAllah.
Jangan kerana dosa silam, kita merasa diri tidak layak untuk berdepan dengan Allah. Sebaliknya kita harus memperbaiki diri khususnya solat untuk kita persembahkan kepada Tuhan di akhirat kelak. 
Kalau kita lihat zaman jahiliyyah, mereka melakukan dosa yang lagi besar. Tetapi selepas memeluk Islam, Allah tidak lagi mempertikai dosa-dosa mereka yang lalu.
Seharusnya kita perlu bersyukur kerana kita telah diberikan nikmat yang sangat besar oleh Allah, yakni nikmat  Islam, dan nikmat iman. Alhamdulillah.

Kalau nak di tulis sangat banyak reason kenapa kita perlu solat, dapat membentuk mukmin yang sihat dan kuat, dapat memberi kekuatan keupayaan mental dan kekuatan dalaman yang tinggi, juga dapat membentuk kemantapan rohani dalam diri.

Tapi..
Apa yang dapat dilihat sekarang, mungkin ada diantara kita yang solat tapi masih kurang dalam solatnya. Jangan hanya merasakan kita sudah menjalankan tanggungjawab kita dengan menunaikan kelima-lima solat fardu menjadikan kita seorang yang hebat, kerana untuk mencapai mukmin yang hebat perlu mantap solatnya. Khusyuk ketika mengerjakannya, bukan sekadar melepaskan batok ditangga. 

Sempurnakan solat dalam keadaan apa sekalipun, seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 239 yang bermaksud, "Apabila kamu dalam keadaan takut (bahaya), solatlah sambil berjalan ataupun berkenderaaan. Kemudian apabila kamu aman, sebutlah Allah (solatlah), sebagaimana Allah mengajar kepada kamu apa yang belum kamu ketahui".

Tapi apa pula itu erti khusyuk?

Adakah sebenarnya kita benar-benar tahu apa itu khusyuk, dan macam mana nak dapat tahap kekhusyukan dalam solat. Dalam Surah Al-Baqarah Ayat 45 yang bermaksud "Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk". Dan Ayat 46 menjelaskan lagi makna khusyuk dalam Ayat 45 tadi. "(Khusyuk) itu mereka yang percaya dengan Yakin meraka pasti menemui Tuhan mereka, dan mereka pasti kembali kepada-Nya".

Allah juga memerintahkan kaum Muslimin untuk mennunaikan solat dengan khusyuk melalui penjelasannya dalam juga dalam surah Al-Baqarah Ayat 238 yang bermaksud, "Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk".

Khusyuk perlu beserta dengan keyakinan, iaitu meraka yang beriman kepada Allah meyakini adanya hari akhirat. Ia adalah negeri abadi yang pasti nya rerjadi. Tetapi keyakinan itu tidak dimiliki orang kafir. Sebenarnya, dengan berbekalkan keyakinan itulah kita dapat beramal soleh khususnya solat dengan bersungguh-sungguh. Ia ditunaikan dengan rasa rendah hati, dan diiringi pula dengan penghayatan, penjiwaan dan tafakur yang mendalam. Demikianlah erti khusyuk dapat di takrifkan. 

Terlalu banyak cara sebenarnya untuk mendapatkan khusyuk dalam solat, antara yang di gariskan para ulama :-
1. Memahami bacaan dalam solat, dan kemudian menghayati maknanya hinga memberikan kesan keatas diri kita. Cara ini dapat MEMBANTU menghadirkan kekhusyukkan, InsyaAllah jika kita berusaha untuk kearah itu.
2. Mengingatkan diri solat yang dilakukan berkemungkinan adalah solat yang terakhir, seperti sabda Nabi SAW, " Apabila engkau mengerjakan solat, maka kerjakanlah solat orang yang akan berpisah (mati)". Dengan ini kita akan lebih khusyuk ketika menghadap Allah.
3. Semasa bersolat, tanamkan kesedaran supaya sentiasa mengingati Allah. Apabila terlupa, atau memikirkan hal dunia, maka bersegeralah mengingatikan diri sendiri sehingga benar-benar khusyuk dalam solat.

Terlalu banyak petua bersolat dengan khusyuk, disini saya ingin berkongsi satu buku yang saya baca yang menghuraikan tentang khusyuk solat. Berjudul "Rahsia Air Mata Khusyuk", menyingkap rahsia agung kemanisan iman yang diserlahkan melalui samudera air mata khusyuk.. Tulisan Muhammad Hasan Al-Basri. 

Pesanan buat diri sendiri dan para sahabat sekalian, agar tetap terus berusaha mendapat redha Allah. Terus berusaha mencari ketenangan jiwa yang hakiki, iaitu ketenangan yang mendamaikan pabila kita ikhlas melakukan sesuatu kebaikan Lillahi Taala (kerana Allah Taala).

Saya yakin, semua diantara kita pasti punya masalah tersendiri. Tetapi ketenangan jiwa yang diperolehi mereka-mereka melalui solat yang khusyuk, membuatkan hidup mereka sentiasa damai dan lancar, dan segala ujian dan masalh dalam hidup mereka bagaikan suatu kemanisan dalam kehidupan. Jika kita merasakan hubungan kita dengan Tuhan seperti ada yang tidak kena, maka cepat-cepat kita beristighfar dan berusaha mencari mana silap kita, dan perbaiki agar kita tidak terus jauh dari Allah. Semoga kita sama-sama beroleh kemanisan dalam kehidupan dengan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah..
Amin, InsyaAllah.


7 comments:

Unknown said...

Saya follow #28.

Blog ini disenaraikan/link di
http://alambukansemulajadi.blogspot.com

Aiman said...

Nice post. Terima kasih

Unknown said...

nice here . follow me back if u dont mind :)

Anonymous said...

Assalamualaikum, ya ukhti...
Bagus blog anda. Teruskan usaha. berdakwah lah dgn blog, ianya lbh afdal kan?

Nurain An-Nashwa said...

Waalaikumussalam..
Syukran, alhamdulillah..atas bimbingan kawan-kawan juga.
smoga dapat berkongsi ilmu dengan semua..
betulkan andai diri ini silap..
terima kasih ^_^

Anonymous said...

Ha'ah. Saya SISPA UiTM shah alam.
Join sispa ape? 3 sem ke, 5 sem?

Anonymous said...

Terima kasih sudi follow

Post a Comment

 

Copyright by © 2010 Nurain An-Nashwa
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah