Ana Muslimah


MASA ITU EMAS


Untukmu Adam

♥♥♥♥
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku,
sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
♥♥♥♥
♥♥♥♥
Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi..

Dan Ya Allah, Ya Tuhanku..
Yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan untukku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku.
Luputkan dia dari ingatanku..
Hilangkan dia dari pandanganku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah..
Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja yang meraih..
Agar bisa aku bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah yang telah patah..
Waulaupun tidak sama dengan dirinya,
aku memohon agar ia lebih baik darinya.

Ya Alah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, adalah yang terbaik untukku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku didunia dan diakhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Jaganlah Engkau biarkan aku sendiri didunia ini mahupun diakhirat kelak..
Janganlah Engkau menjuruskan aku kelembah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka,
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu,
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..

Amin Ya Rabbal Alamin...

Followers

Pergi Takkan Kembali

Wednesday, 14 May 2014



Bismillahirrahmanirrahim...

Ketika kita sedih, saat itulah kita mengerti nikmat kebahagiaan..
Ketika kita sakit, saat itulah kita merasai nikmatnya kesihatan..
Ketika kita sunyi tanpa teman, saat itulah kita tahu betapa berharganya sebuah persahabatan.
Dan ketika kita menutup mata untuk selama-lamanya, saat itulah kita tahu nikmatnya sebuah kehidupan..

Inna lillahi wa inna ilaihirajiun
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Kematian datang bila-bila masa, tidak kira siapa atau dimana.
Semoga kita terus berjalan di jalan-Nya.
Semoga yang telah pergi berada disisiNya iaitu disyurga yang indah.

Disi aku nak kongsi dengan kalian semua,

"Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang itu apabila sampai ajalnya dan Allah amat mendalam pengetahuanNya dari segala yang kamu kerjakan."

Diriwayatkan, bahawa
Apabila penghuni syurga telah masuk kedalamnya, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah :
"Ya RABB, kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu didunia solat bersama kami puasa bersama kami, dan berjuang bersama kami"
Maka Allah berfirman :

"Pergilah kamu keneraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah"
|HR : Ibnu Mubarak dalam kitab Az-Zuhud|

Al-Hasan Al-Basri berkata :
"Perbanayakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat kelak"

Ibnu Jauzi pernah berpesan kepada sahabatnya sambil menangis :
"Jika kalian tidak menemukan aku nanti disyurga bersama kalia, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang ku"
Wahai RABB kami..
"Hamba-Mu Si Fulan, waktu didunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"

Sahabatku,
Mudah-mudahan dengan ini, daku telah mengingatkan kamu tentang kematian tentang Allah..
Agar aku dapat besetamu kelak disyurga & redha-Nya.

Ya Allah aku memohon kepada-Mu, kurniakanlah kepadaku, sahabat-sahabatku, kaum keluargaku yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat kepada Syariat-Mu..
Dan kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak..
Amin Ya Rabbal Alamin..
InsyaAllah
Moga kita bertemu di akhirat dalam keredhaan-Mu YA RABB.
~Al-Fatihah~

Shaifullah Idlan Bin Rozlan, 
sahabat seperjuangan dalam menyebarkan dakwah islam di kampus demi menegakkan biah solehah..
Seorang muslimin yang penuh dengan santun, 
molek akhlak dan budi pekertinya, sopan pertuturan dan sangat menjaga batas pergaulan.
Sungguh, 
sayu hati tatkala mendapat sms mengenai pemergianmu menghadap Allah, pencipta sekalian alam.
Seperti tidak percaya dengan berita yang diterima, aku segara dapatkan kepastian dari sahabat lain, memang benar itu adalah dia.
Jangan dikata mati itu untuk mereka yang sudah tua, kerana ada yang muda sudah menemuinya..
Jangan dikata mati itu hanya untuk mereka yang sakit kerana ada yang sihat sudah merasainya..
MATI itu tidak mengira usia, tidak megira sihat atau sakit jika tertulis sekian hari sekian detik pasti roh mu akan berpisah keluar dari jasad untuk bertemu penciptanya..

Ini adalah status facebook arwah yang terakhir,

Harapan itu fitrah manusiawi . Harapan datang bila kehendak itu cuba didapat . Andai harapan itu dicapai, bertiuplah angin tenang melega jiwa gembira bahkan boleh jadi megah berbangga . Harapan itulah ukuran agaknya lelah amalan, takdirnya agar perjuangan itu diterima .

Antonimnya, ombak pilu pula datang menghempas . Boleh jadi ombak menggila beserta badai mungkin . Itulah persis, maka akan gundah resah bahkan perit derita, lagi2 jika hajat itu adalah makin tinggi melangit .

Maka, disinilah titik cantuman kita kembali kepada Tuhan . Berharap pada yang belum pasti, sandarannya sejauh mana usaha kita untuk peroleh itu . Berbahagialah pada yang berusaha, andai tidak didapat, itulah pahit manis berjuang . Pusarkan harapan itu pada Tuhan, moga ada balasan pada masa mendatang .

Moga kau menemuinya . Berharaplah, pada Allah . 

Moga segala amalan dan gerak kerja dakwahmu diterima disisi Allah..
Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..







Sekali Sepanjang 22 Tahun Di Dunia..

Monday, 12 May 2014

Assalamualaikum...

Perasaan pertama kali menjejakkan kaki di Bumi Anbiya tak dapat dirungkai dengan perkataan. Sayu, rindu, penuh dengan rasa cinta, alhamdulillah Allah beri peluang kepada hambaNya yang kerdil ini untuk menjejakkan kaki di bumi Madinah, tempat jasad mulia Nabi SAW dimakamkan. Begitu juga dengan bumi Mekah, yang mana aku dapat melihat, menyentuh bahkan mencium kaabah (kiblat seluruh uma islam) secara live. Subhanallah!! begitu besar nikmat Tuhan untuk hambaNya yang kerdil ini.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengampun
Ampunilah dosa hamba, kedua ibu bapa hamba, ahli keluarga hamba, guru-guru hamba, sahabat hamba dan juga muslimin muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.. 

Semoga umrah dansegala ibadat kami di terima disisiMu Ya Allah..
Tanpa bantuan dan pertolonganMu Ya Allah kami tak punya apa-apa..





Sungguh aku merindui ketika berada disana..
Ya Allah, izinkan aku menjejakkan kaki kesana untuk yang kedua kalinya..
 To be continue....



Ketawa Yang Berlebihan Baik untuk Kesihatan

Saturday, 25 January 2014

Bismillahirrahmanirrahim

Kalau tengok tajuk entry kali ini agak-agak ramai ke yang percaya? 
Siapa kata ketawa yang berlebihan itu baik untuk kesihatan? 
Siapa sini boleh senaraikan rancangan-rancangan yang berunsurkan komedi? 
Terlalu banyak, dan gejala ini yang menyebabkan anak muda makin leka, lalai dan terlalu selesa dengan dengan situasi sekarang.

Tahukah anda Plato & Aristotle berpendapat bahawa ketawa boleh mendatangkan kesan yang buruk dan merbahaya. Oleh itu, Plato berharap pementasaan-pementasan hiburan yang tidak bermutu hanya disaksikan oleh golongan hamba abdi dan orang upahan asing manakala golongan berkedudukan mulia dan para belia dilarang daripada menonton hiburan-hiburan yang boleh membangkitkan ketawa demi mencegahpenularan sifat-sifat buruk dalam diri mereka.

Sebagai umat Islam adalah lebih baik bagi kita mencontohi sunnah Rasulullah SAW, kerana Rasulullah adalah sebaik-baik contoh buat seluruh umat manusia. Baginda tidak pernah ketawa melewati batas. Baginda hanya tersenyum manis, dan setiap senyuman baginda itu punya peringkat-peringkat yang tersendiri. Dan peringkat yang paling tinggi adalah dimana Rasulullah SAW tersenyum sehingga kelihatan gigi gerahamnya.

Menurut Imam Hassan Al-Banna, ketawa yang hukumnya harus adalah ketawa yang sedikit dan beradab kerana ketawa itu adalah fitrah yang tidak boleh dihalang tapi masih boleh mengawalnya. Manakal ketawa yang hukumnya haram adalah ketawa yang berlebih-lebihan kerana ia merupakan perbuatan sia-sia dan melalaikan hati..

Rasulullah SAW bersabda :
"Banyak ketawa mematikan hati dan menghilangkan kehebatan seorang mukmin"

Rasulullah SAW telah melihat satu kaum yang ketawa berlebih-lebihan, lantas baginda bersabda :
"Kalaulah kamu tahu apa yang aku ketahui nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa" 

Meh kita muhasabah diri, banyak lagi perkara yang lebih berfaedah kita boleh buat selain luangkan masa dengan tengok rancangan-rancangan yang cenggitu..Dan yang paling penting lepas baca entry ni siapa-siapa yang suka sangat tengok Maharaja Lawak, Running Man, etc tu delete je la.. ^^
Tukar, tengok 30 minit Ustaz Don ke UAI ke, depa pon pandai buat lawak jugak kan..
Sebelum undur diri, maaf andai tulisan ini mengguris mana-mana hati yang membaca.


Senyum ;)

 

Copyright by © 2010 Nurain An-Nashwa
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah