Ana Muslimah


MASA ITU EMAS


Untukmu Adam

♥♥♥♥
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku,
sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
♥♥♥♥
♥♥♥♥
Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi..

Dan Ya Allah, Ya Tuhanku..
Yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan untukku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku.
Luputkan dia dari ingatanku..
Hilangkan dia dari pandanganku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah..
Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja yang meraih..
Agar bisa aku bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah yang telah patah..
Waulaupun tidak sama dengan dirinya,
aku memohon agar ia lebih baik darinya.

Ya Alah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, adalah yang terbaik untukku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku didunia dan diakhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Jaganlah Engkau biarkan aku sendiri didunia ini mahupun diakhirat kelak..
Janganlah Engkau menjuruskan aku kelembah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka,
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu,
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..

Amin Ya Rabbal Alamin...

Followers

Genap 20 Tahun

Tuesday, 5 June 2012

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
  بسم الله الرحمن الرحيم
عليكم السلام


Syukur Alhamdulillah, SEgala puji hanya buat Allah.
Hari ini 5 JUNE 2012 genap 20 tahun saya hidup atas muka bumi Allah SWT ini.
Terlalu cepat masa berlalu.
Apa-apa pun ucapan terima kasih buat bonda yang telah melahirkan diri ini, yang mendidik dengan penuh kasih sayang, tanpa ada sedikit pun kekurangan, 
yang setia berada disisi anaknya ini dalam keadaan dia berjaya atau gagal sekalipun.
Juga buatmu ayah atas kata-kata semangat tak pernah lekang dari bibir kalian.
Yang sentiasa sabar melayan karenah anaknya ini, walaupun hatinya sendiri pernah terguris dek kata serta kelakuan anaknya.
Ayah, Bonda..
Maafkan Anakmu, 
Andai diri ini masih belum sempurna menjadi anak yang dapat dibanggakan.
Anakmu ini belum cukup solehah untuk menarikmu kesyurga,
Tetapi ketahuilah bonda,
yang anakmu sedang berjuang untuk menjadi sesolehah yang mungkin..
Mohon doa darimu bonda, ayah..


Terima kasih Ya Allah,
untuk usia yang telah Engkau berikan. 

Terima kasih juga,
untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. 
Terima kasih,
untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih, 
untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. 
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku 
dan 
terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu. 


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, 
aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. 
Namun begitu besar kasihMu, 
Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.
Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq,
walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih. 



Ampunkan aku Ya Allah, 
pabila aku merintih nasibku di hadapanMu.
 Kalau bukan kepadaMu, 
kepada siapa lagi harus ku mengadu? 
Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini.

Ya Allah…
Namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. 
Adakalanya aku kurang kesabaran. 
Ada masanya aku goyah keimanan. 
Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan.
 Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan. 



Dalam usia begini, aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman.
 Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. 
Dalam usia meniti senja ini, aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.
Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi. 



Ya Muhaimin…
Pimpinlah tangan hambaMu ini…
Pimpinlah hati hambaMu ini…
Pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. 
Ya Al Quddus… 
Sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku…
Bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela. 



Ya Al Hakiim…
Berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya.
Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. 
Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi. 



Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. 
Engkaulah Ya Maha Besar… 
Peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu. 



Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill. 



Amin Ya Rabbul Alamin.

Tajuk 1 : Ikhlas Pembersih Kekotoran Hati

Monday, 7 May 2012

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
  بسم الله الرحمن الرحيم
عليكم السلام

Gambar Hiasan


Apa yang dimaksudkan dengan menjaga kebersihan disini ialah bukan apa yang dapat dilihat oleh mata, misalnya seperti menjaga kebersihan anggota badan, pakaian, tempat kediaman dan persekitaran. Menjaga kebersihan yang dimaksudkan disini ialah menjaga kebersihan hati yang jarang sekali diambil perhatian

Ramai di antara kita lebih mengutamakan kebersihan zahir daripada kebersihan hati. Ini kerana kebersihan zahir dapat dilihat kekotorannya dengan mata kasar, manakala kekotoran hati tidak dapat dilihat kecuali apabila dapat dikesan melalui amal perbuatan dan tindak tanduknya.

Hati di dalam tubuh manusia ibarat kayu ukur untuk menilai sama ada baik atau buruk amal perbuatannya. Dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abi Abdillah An Nu'man bin Banyir, Rasulullah SAW berkata, "Ketahuilah bahawa dalam tubuh manusia itu terdapat seketul daging, apabila elok dan sempurna daging itu maka akan elok dan sempurnalah seluruh tubuhnya. Tetapi jika daging itu rosak, akan rosaklah seluruh tubuhnya itu. Ketahuilah daging yang dimaksudkan itu ialah hati."

Apabila hati berpenyakit, itulah yang dinamakan tidak bersih. Hati tidak bersih atau kotor berpunca dari banyak perkara seperti sombong, angkuh, berdendam, berdengki, takbur, iri hati, bakhil, tamak, haloba, dan lain-lain perbuatan yang merugikan.

Di dalam banyak-banyak kekotoran hati itu, penyakit syirik merupakan satu-satunya penyakit yang paling bahaya. Rasulullah SAW sering berpesan kapada umatnya agar menjauhi perasaan atau sifat syirik seperti ini.

Tidak dinafikan bahawa segala amal perbuatan yang dilakukan dan menjurus kepada penyakit kekoran hatiini disebabkan tidak ada rasa ikhlas sewaktu melakukannya. Apabila tidak ikhlas, akan timbullah perasaan riak iaitu melakukan sesuatu hanya kerana mahi mendapat pujian atae sanjungan.

Bayangkanlah apakah manfaatnya jika melakukan sesuatu kebajikan andai kita masih lagi bersifar takbur, sombong, berdendam dan perbuatan negatif yang lain> Ia akan menjadi sia-sia kerana amal kebajikan yang dibuat tidak mampu membersihkan hati yang sarat dengan kekotoran seperti itu. 

Sebaik-baiknya segala amal kebajikan yang dilaksanakan dengan ikhlas akan menjadi penapis kepada persaan negatif daripada terus meresap dan berkumpul di dalam hati.

Sebelum melakukan sesuatu amal perrbuatan, sebaik-baiknya lakukanlah pembersihan hati terlebih dahulu iaitu memmbuang segala kekotoran yang bersarang didalam hati. Apabila hati kita sudah bersih, kita akan menjadi lebih mudah melaksanakan segala amalperbuatan kebajikan dan tidak menjadi sia-sia.

Menjaga agar hati sentiasa di dalam keadaan suci bersih ialah dengan bertakwa dan ikhlas terhadap amal ibadat. Tujuan manusia dihidupkan ialah untuk beribadat dan menyembah Allah yang menciptakan.

Segala amal perbuatan tidak akan dapat dilakukan dengan lancar sekiranya sifat ikhlas tidak wujud dalam diri. Oleh itu, amatlah perlu bagi kita menanamkan sifat ikhlas kerana ia akan menghindarkan diri daripada segala penyakit yang mengotorkan hati.

Selain itu, ibadat kepada Allah Azza Wa Jalla juga perlu diiringi rasa cinta dan kasih yang agung dengan mengharapkan pertemuan dengan-nya pada hari akhirat kelak. Rasa cinta ini perlu sentiasa dipupuk agar terus kekal dan tidak turun naik.

Firman Allah SWT : " Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya maka perlakukanlah amalan soleh dan tidak menyekutukan ibadat kepada-Nya dengan sesuatu pun." -Surah al-Kahfi : 110

Selain itu, Allah juga menegaskan tentang kepentingan ikhlas ini seperti firmanNya, "Oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu hanya kepada-Nya." -Surah al-Zumar : 2

Aku Milik Siapa?

Sunday, 6 May 2012

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
  بسم الله الرحمن الرحيم
عليكم السلام

Kembali lagi ke dunia maya di alam 2012, selepas beberapa hari menyepi. Sudah lama tidak berkongsi perkara menjadi tarbiyah di hati. Jadi, hari ini dan saat ini saya nak kongsi sedikit sebuah puisi yang sangat indah bahasa dan tulisannya. Karya seorang Penulis, Ganesh a/l Krishana Moorthy (Garry)..

Kepekatan malam semakin menelan,
Cebisan terakhir terang di kalbu,
Namun masih tidak menghuni lagi,
lena di kelopak sepasang mata,
minda tidak terpadam,
menikam-nikam persoalan,
yang makin membiru tapa jawapan,
Tenang yang dicari,
namun badai yang memukul,
membalas kembali,
menanyakan garisan persoalan yang tidak terbalas,
Milik siapa diriku?

Nampak senang,
namun tiada ulasan yang melengkai persoalan,
Apakah aku milik Adan dan Hawayang sejiwa,
dalam permainan gelongsor yang mengasyikan itu?
Apakah aku milik kepingan kertas bernilai,
yang aku bakar untuk menikmati sebatang rokok,
lalu meniti laluan maut biarpun aku sedar hakikatnya?
Perawan suci anggun wajahnya,
Jerawat manis di dinding pipi menambah lagi jelitanya,
Bibirnya yang merah bagaikan delima merekah.
Di kala hati terluka lara dialah pengubat segala derita kecewa,
Apakah aku milik kekasih hati?
Nampak lengkap,
tetapi masih tidak dapat membayangi persoalan yang kucari...
Aku milik siapa sebenarnya?!
kucari...

Dalam aku temangku tanpa jawapan,
di kamar yang berteman gelap gelita,
Tiba-tiba sebutir Nur mula memerangi segalanya,
Dalam terang Nur yang sunggih indah tak terbilang,
Laungan sebuah suara menjawab,
dan...
membuka simpul mati pada persoalan yang

Wahai manusia!
Jasadmu milik tujuh kaki di bawah tanah,
Dan temanmu adalah liang lahad,
yang indah berukir ayat Al Quran,
Engkau sebenarnya adalah rohmu,
Pemilik abadinya ialah Azza Wa Jalla,
AllahYang Maha Berkuasa,
dan Maha Mencipta,
Terpadan Nur,
menghilang suara!
Namun terjawab sudah apa yang dicari,
Surutlah gelora di hati dan minda,
Apa yang kuterima ini adalah hikmah,
Syukur tak terhingga,
Ya Allah,
Terangilah hati ini,
Apabila ada badai memukul laluan hidup hamba yang lemah ini,
Tanpa-Mu siapalah aku,
Kini kusedar milik siapa diriku,
Allah,
Kaulah Pemilik segala aku...

Sekian wassalam.
 

Copyright by © 2010 Nurain An-Nashwa
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah