أعوذ باللهمن الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
عليكم السلام
Lama betul tak update blog, terasa rindu sangat nak menulis kat sini.
Dalam beberapa hari lepas, banyak benda yang jadi. Terlalu sibuk dengan dunia menuntut ilmu. Sibuk siapkan slide untuk presentation, assignment.
Sampai tak ada masa langsung untuk berblog. Tapi alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar, dan selamat disiapkan tepat pada waktunya.
Hujung minggu baru ni balik rumah, jenguk mak dan abah. Alhamdulillah semua sihat. Semalam, saya sempat juga berkunjung ke kedai buku dekat kampung, banyak dah buku-buku yang bagus-bagus.
Sebelum ni, nak cari kedai buku pun susah, patah lagi bukunya. Sampai kena keluar bandar baru dapat buku untuk di buat santapan rohani.
Tapi sekarang dah tak perlu pergi jauh-jauh, 5 minit dah sampai.
Nak tahu tak buku apa? Ada tiga buah buku yang mendapat perhatian saya :
1. GenQ isu No.9
2. Novel Aku Bukan Maria karya Ibnu Ahmad Al-Kurauwi
3. 100 Pesanan Terakhir Rasulullah karya Muhd nasruddin Dasuki
Kesemua buku diatas berharga RM42.00 after 10% diskaun. Berbaloi kan?!!
(Untuk Image, ada di bahagian sidebar)
Tapi saya baru sempat baca buku GenQ aje, yang lain belum lagi. Nanti bila saya dah habis baca kita share ilmu okay.
Tapi disyorkan, pembaca semua beli untuk bacaan sendiri, lagi berbaloi-baloi. ^_^
*********************************************************************************
Sedikit sharing knowledge untuk malam ini ialah pasal :-
7 Golongan Mulia
Gambar Hiasan
Abu Huraira r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tujuh golongan yang akan Allah naungi di bawah 'Arasy-Nya pada hari yang tidak ada tempat bernaung, kecuali naungan-Nya, iaitu" :
1. Pemimpin yang adil. Tiada dipeduli pemimpin yang zalim dan yang suka mengaut untuk peribadinya.
2. Pemuda yang giat beribadah kepada Allah. Tiada dipeduli pemuda yang malas dan leka.
3. Orang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi sampai air matanya mengalir kerana rasa takutnya kepada Allah.
4. Orang yang hatinya selalu terkait dengan masjid saat mereka keluar sampai kembali lagi masuk ke masjid.
5. Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga orang lain yang ada di kanan dan kirinya tidak mengetahui.
6. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah maka mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah Taala.
7. Lelaki yang diajak membuat cemar oleh wanita cantik, tetapi dia menolaknya dengan berkata : "Sesungguhnya aku takut kepada Allah"
Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut..
Dan juga, semoga Allah mempermudahkan jalan kita menuju redhaNya.
~Amin Ya Rabb~
0 comments:
Post a Comment