Rasulullah Mencemburui Mariah al-Qibtiyah
Direkodkan oleh Abdullah bin Lahi'ah daripada Yazid bin Abi Habib daripada Abdur Rahman bin Syamasah al-mahri daripada Abdullah bin Umar, ketika Mariah al-Qibtiyah mengandungkan anak Rasulullah, ibrahim, seorang kerabat lelakinya daripada Mesir kerap datang menziarahinya. Suatu hari, Rasulullah menemui mariah dan melihat kerabatnya ada bersamanya. Rasulullah berasa cemburu. Baginda keluar dengan rona wajah yang berubah. Kaum munafik pula suka mengintai peluang untuk membawa mulut dan manabur fitnah. Di jalanan, baginda bertemu Umar. Umar perasana akan sesuatu yang Rasulullah pendam. umar lantas bertanya keaadaan baginda. Rasulullah menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah. Dengan pedang terhunus, Umar lalu mencari lelaki itu. Dia mahu membunuhnya. Lelaki itu segera menyingkap keadaan zakarnya yang sudah dipotong. Umar tidak jadi membunuhnya. Dia menemui Rasulullah. Rasulullah berkata "Jibril telah datangkepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya daripada tuduhan yang terlintas pada diriku."( Riwayat Bazzar)
Umar Cemburukan Isterinya ke Masjid
Umar bin al-Khattab tidak kurang besar cemburunya. Pernah isterinya keluar hendak solat berjemaah di masjid. Daripada riak wajahnya isterinya tahu Umar tidak suka dan sedang cemburu. Lalu isterinya berkata. "Jika kanda melarang, dinda tidak pergi." Umar diam sahaja kerana ingat pesan nabi, "Janganlah kamu melarang para wanita pergi ke masjid." (Direkodkan oleh Bukhari, Ahmad dan Abu Daud).
Cemburu Diambil kira bagi meringankan Hukuman
Pernah ada kes pada zaman Umar, seorang lelaki membunuh isterinya dan seorang lelaki lain kerana melihat mereka sedang berzina. Sekelompok ahli fiqh dan dan antaranya, Imam Ahmad berpendapat bahawa sekiranya seorang pemuda menemui lelaki lain sedang berzina dengan isterinya , lalu dia membunuh keduanya maka tiada qisas (bunuh balas) baginya serta tiada wang diyat (wang ganti rugi yang perlu dibayar kepada keluarga si mati bagi membebaskannya daripada hukuman qisas) Kecuali sekiranya dia membunuh isterinya yang sedang diperkosa, maka perlu diqishas. Namun, ucapan suami semata-mata tidak boleh diterima kecuali dengan saksi oleh walinya dan bukti. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa Ibnul Qayyim berkata, cemburu yang membuat pencinta menghukum kekasihnya dengan sangat berat begini adalah cemburu yang tidak terpuji.
Ibnu Umar Cemburu Mendengar Bicara Isterinya dengan Lelaki Kerabatnya.
Hammad bin Zaid daripada Ayyub daripada Ibnu Umar mendengr isterinya berbicara dengan seorang lelaki dari balik tembok. Antara mereka masih ada hubungan kekeluargaan. Namun Ibnu Umar tidak mengetahuinya. Lalu dia mengumpulkan pelepah kurma dan memukul isterinya hingga si isteri berteriak kesakitan.
Cemburu Muaz bin Jabal Saat Makan Epal
Al-Kharaithi menyebut daripada Muaz bin Jabal bahawa dia makan epal bersama isterinya. Lalu masuklah hambanya menemuinya. Kemudian si isteri memberikan epal yang sudah dimakan sebahagian kepada hamba itu. Muaz berasa cemburu. Dia lalu memukul isterinya.